A’isyah ra berkata : “Tempat tidur Rasulullah saw itu
kulit yang diisi dengan sabut kurma.” (Abu Dawud, Turmizi)
Diriwayatkan bahawa Umar bin Al-Khattab, masuk ke tempat
Rasulullah saw dan Rasulullah sedang tidur di atas tempat tidur yang dialaskan
dengan pelepah kurma. Umar lalu duduk, maka dilihatnya bekas pelepah kurma pada
lambungnya saw. Lalu bercucuranlah air mata Umar.
Maka Nabi saw bertanya kepadanya : “Apa yang membuatkan
engkau menangis wahai putera al-Khattab?”
Umar ra menjawab : “Aku teringat akan kisra dan kaisar,
dan apa yang bagi kedua2nya dari kerajaan. Dan aku teringat kepada engkau.
Sedangkan engkau itu kekasih Allah, pilihanNya dan utusanNya, tidur di atas
tempat tidur yang dialas dengan pelepah kurma.
Nabi saw menjawab : “Apakah engkau tidak senang wahai
Umar bahawa bagi kedua2nya itu di dunia dan bagi kita akhirat?”
Umar menjawab : “Ya, senang wahai Rasululah.” (Bukhari,
Muslim)
Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin
: Kitab Faqir & Zuhud
24 Julai 2017
No comments:
Post a Comment