Saturday, February 16, 2019

Apa Itu Syariat dan Hakikat?



1.       Syariat – Kita melihat semua yang berlaku dari sudut pandangan pekerjaan makhluk. Yang baik atau yang buruk semuanya dilakukan oleh makhluk.
2.       Haqiqat – Kita melihat semua yang berlaku dari sudut pandang pekerjaan Tuhan. Yang baik atau yang buruk semuanya dilakukan oleh Allah.

Contoh pekerjaan SYARIAT :
-          api yang membakar dedaun.
-          malaikat yang menurunkan hujan.
-          tangan kita yang melempar baru.
-          tsunami yang membunuh rakyat Aceh.

Contoh pekerjaan HAQIQAT :
-          Allah yang membuatkan dedaun terbakar (ringkasnya apabila kita gunakan “bahasa dalam” – Allah yang membakar dedaun, bukannya api kerana api langsung tiada sebarang kuasa).
-          Allah yang membuatkan hujan turun (ringkasnya – Allah yang menurunkan hujan, bukannya  malaikat kerana malikat langsung tiada sebarang kuasa).
-          Allah yang membuatkan batu terlempar (ringkasnya – Allah yang melempar batu, bukannya tangan kita kerana tanga dan diri kita langsung tiada sebarang kuasa).
-          Allah yang membuatkan rakyat Aceh terbunuh (ringkasnya – Allah yang mematikan rakyat Aceh, bukannya ombak tsunami kerana ombak laut langsung tiada sebarang kuasa).

Kesimpulannya, semua pekerjaan yang maujud sama ada yang elok ataupun tak elok, dari segi HAQIQATnya adalah pekerjaan Allah. Langsung tidak ada sebarang pekerjaan makhluk. Itu dari segi HAQIQATNYAnya, janganlah tersalah pula dengan dari segi SYARIATnya.

Dari segi HAKIKATnya, hanya ada satu kuasa sahaja iaitu kuasa Allah. Sekiranya kita mengiktiqadkan ada dua kuasa atau lebih, kita sudah melakukan syirik.

Kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Al-Munqiz min adh-Dhalal : Tetapi Aku dengan keimanan yang penuh keyakinan dan melalui musyahadah, bahawa tidak ada yang lebih berkuasa selain daripada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Sesungguhnya bukan aku yang menggerakkan tetapi Dia yang menggerakkan aku. Bukan aku yang berusaha tetapi Dia yang memperalatkan aku.

Kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Misykatul Anwar : Jika nabi itu menjadi telinga, mata dan lidah Allah, maka Allah sahajalah yang mendengar, melihat, berkata-kata.”


Tazkirah Facebook 83 (November 19, 2013)

Bicara ini bicara hakikat.
Allah yang menyembuh, bukannya ubat.
Namun usaha tetap dibuat.
Agar seimbang hakikat dan syariat.

Ubat itu makhluk ciptaan.
Tempat laluan pekerjaan Tuhan.
Berharap pada Tuhan, bukannya pada ubat-ubatan.
Semua ubat tiada daya, yang berkuasa hanyalah Tuhan.

Usaha berubat jangan ditinggalkan.
Sakit atau sembuh, Dia yang tentukan.
Jika doa sudah diberkenan.                                                                                                   
Tanpa ubat pun sihat tubuh badan.

Jika mahu doa diberkenan.
Dekatkanlah diri kepada Tuhan.
Makan dan minum jangan sebarangan.
Selalu-selalulah mohon keampunan.

-          Pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Aqidah (Qawaid al-‘Aqaid)
Kuliah 10 Mac 2014

No comments: