Siapakah pengarang kitab Misykatul Anwar ini?
Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.
Apa itu misykat?
Lubang di dinding tempat untuk diletakkan
lampu/pelita/lilin.
Apakah anwar?
Bercahaya/cahaya.
Apakah isi kandungan kitab Misykat ini?
Tafsiran Surah An-Nur (Surah Cahaya) ayat ke-35 dan 40.
(Suran An-Nur terdiri daripada 64 ayat).
Mengapa Surah An-Nur ini sangat penting?
1.
Ringkasnya, engkau bercita-cita untuk mendapat
cahaya (nur), tetapi engkau tidak peduli, tidka
baca, tidka tahu, tidak faham, tidka menghayatai dan tidak melalui pun
Surah Cahaya (An-Nur)? Engkau biar betul!
2.
Pada ayat pertama surah ini Allah sudah mengatakan
: “(Inilah) suatu surah yang Kami
turunkan dan KAMI WAJIBKAN, dan Kami turunkan di dalamnya
tanda-tanda yang jelas, agar kamu ingat.” (An-Nur : 1)
Apakah keistimewaan kitab Misykat ini?
Kata Imam Al-Ghazali : “Engkau meminta aku menyampaikan RAHSIA-RAHSIA CAHAYA KETUHANAN…”
Imam Al-Ghazali menulis : “Dan perhatikan hadis ini : “Allah mempunyai 70,000 hijab cahaya dan
kelam (gelap). Sekiranya Dia membuka hijab itu, maka keagunganNya pasti akan
menghancirkan sesiapa yang mengenalinya dengan pandangan.”
Apa itu hijab?
Tabir, tirai, penutup, penghadang, sesuatu yang
menghalang dsb.
Apakah martabat kitab Misykat ini?
Kata Imam Al-Ghazali : “Dengan permintaan itu, engkau bercita-cita hendak memanjat ke TEMPAT
YANG TINGGI, yang SUKAR DIDAKI. TINGGI SEKALI sehingga tidak tergamak oleh
manusia biasa.”
Siapakah cahaya segala cahaya?
Siapa pula
Cahaya Sebenar Cahaya?
Apa itu 70,000 hijab?
Engkau berada pada hijab yang mana?
Dan pelbagai persoalan lain…. ikuti
rakaman audionya di https://www.youtube.com/watch?v=vX3boB6FAWo
dan seterusnya.
-
Pengajian kitab
induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Ilmu
-
Kuliah pada
September 2013
No comments:
Post a Comment