Wednesday, February 20, 2019

Memandang di Dunia dan di Akhirat



·         Walaupun di dunia ini kita mencapai ma’rifatullah (kenal Allah) dan mencapai cinta Allah lalu mengecap nikmat-nikmat dan kelazatannya yang sangat luarbiasa, tetapi tetap masih jauh berbeza dengan nikmat dan kelazatan memandang Allah di syurga kelak. Mengapa?

·         Antaranya kerana keasyikan kita akan Allah di dunia ini masih terganggu dengan pelbagai urusan lain seperti letih, mengantuk, lapar, dahaga, urusan kerjaya, urusan keluarga, urusan masyarakat, urusan negara, urusan umat, masalah kesihatan, panas sejuk, kesesakan dan sebagainya.

·         Manakala di syurga nanti, kesemua gangguan itu sudah tidak ada lagi. Kita asyik sepenuhnya dengan kenikmatan dan kelazatan tertinggi itu iaitu memandang Allah. Alangkah indahnya……..!

·         Tidak semua orang tahu tentang ma’rifatullah, cinta Allah, kenikmatan memandang di dunia, kenikmatan memandang di akhirat, dan kelazatan tertinggi ini. Tetapi atas pilihan dan kasih sayang Allah, Dia pilih kita yang hina-dina ini untuk tahu hal-hal ini. Padahal ramai lagi orang-orang lain jika mahu dipilih-Nya.

·         Oleh sebab itu, aku mesti membanyakkan syukur dan mesti mencintai Allah!



-          Pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Cinta Allah
-          Pada 18 Januari 2015

No comments: