Sunday, February 24, 2019

Ilmu Yaqin pada Ulama Kalam, Fiqh dan Tasawuf


Yaqin menurut ahli ilmu kalam ialah sekuat mana kita percaya sesuatu perkara itu.
Yaqin menurut ulama fiqh dan tasawuf pula ialah sekuat mana amalan kita terhadap perkara yang kita percaya itu.

Yaqin pada ahli ilmu kalam ada 4 tingkat iaitu :
1.       Syak – tak tahu yang mana satu betul.
2.       Zhan – yakin salah satu betul, tapi tak menolak kemungkinan yang satu lagi mungkin betul.
3.       Yakin 100% tetapi atas dasar ikut cakap orang, bukannya dengan kajian.
4.       Yakin 100% atas dasar kajian.

Contoh :
1.       Syak – Richard tidak pasti sama ada alam ini akan musnah ataupun tidak.
2.       Zhan – Richard cenderung percaya alam ini akan musnah tapi tidak menolak kemungkinan sebaliknya. (atau sebaliknya)
3.       Yakin ikut-ikutan – Richard percaya 100% alam ini akan musnah tetapi berdasarkan cakap-cakap orang. (atau sebaliknya)
4.       Yakin betul – Richard percaya 100% alam akan musnah berdasarkan kajian dan pengalamannya.

Contoh “yaqin” menurut para ulama fiqh dan tasawuf :
-          Asyraf yakin 100% bahawa kalau tidak sembahyang, kita akan berdosa. Oleh itu Asraf sangat memelihara ibadah sembahyangnya. Dalam hal ini, amalan Asyraf sepadan dengan apa yang dia yakin. Kuat yaqinnya.
-          Akmal juga yakin 100% bahawa kalau tidak solat, kita akan berdosa. Namun begitu Akmal kurang ambil berat ibadah solatnya. Dalam hal ini, amalan Akmal tidak sepadan dengan apa yang diyakininya. Lemah yaqinnya.
-          Azlan juga yakin 100%, tapi dia langsung tidak menjaga amalan solatnya. Sangat lemah yaqinnya.

Oleh itu, antara tujuan utama mengetahui dan memahami “al-yaqin” Menurut ajaran oleh Imam Al-Ghazali, adalah untuk menyepadankan perlakuan kita dengan perkara-perkara yang kita yakini.
Contohnya : kita yakin 100% mati itu akan berlaku, maka amalan-amalan kita mestilah menunjukkan yang kita betul-betul yakin akan hal itu.

-          Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Ilmu
-          Kuliah April 2013

No comments: