Ibrahim al-Khawwas tidak berpisah (maksudnya sentiasa
membawa) dengan jarum, gunting, tali dan bekas air. Dia mengatakan : “Semua ini
tidak merosakkan tawakkal.”
Hal ini kerana dia tahu bahawa di desa-desa badwi
(kawasan-kawasan terpencil tempat dia beruzlah) itu tidak ada air di permukaan
tanah (biasanya air jauh ke dalam bumi di perigi yang dalam). Dan tidak berlaku
sunnatullah naiknya air dari dalam sumur tanpa timba dan tali. Dan tidak banyak
biasanya ada tali dan timba di desa-desa badwi (maka sebab itulah dibawanya benda-benda
itu sebagai persediaan).
Dia memerlukan air untuk berwuduk setiap hari beberapa
kali. Juga untuk menghilangkan hausnya pada setiap hari atau dua hari sekali.
Sesungguhnya orang musafir dengan panasnya cuaca itu
tidak dapat menahan diri daripada minum air walaupun dia dapat menahan diri
daripada makanan.
Ibrahim ada sehelai pakaian. Kadang-kadang yang sehelai
itu terkoyak, maka terbukalah auratnya. Dan tidak diperoleh gunting dan jarum
di desa-desa badwi pada ghalibnya ketika setiap waktu solat. Tidak dapat
digantikan untuk menjahit dan memotong pakaian itu oleh sesuatu yang diperoleh
di desa-desa badwi. (Sebab itulah dia membawa gunting dan jarum).
“Semua ini tidak merosakkan tawakkal.”
-
Pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Tauhid
& Tawakkal
-
Kuliah 29 Januari 2018
No comments:
Post a Comment