Thursday, February 21, 2019

Kisah Hidup Nabi Isa



1.       Antara hamba Allah yang paling kuat cintanya, jinak hatinya dan redhanya akan Allah SWT ialah Nabi Isa as (Yeshua, Yeheshua, Essau, Iesous, Jesus, Yesus, Yoshua, Joshua).

2.       Isteri Imran inginkan anak. Dia bernazar, sekiranya dapat anak (lelaki), dia akan jadikan rahib Yahudi.

3.       Mereka dapat anak tetapi perempuan, dinamakan Maryam (Mary, Marie, Maria, Mariah). Oleh kerana sudah dinazarkan, Maryam tetap dihantar ke rumah ibadah untuk dijadikan rahib wanita.

4.       Para rahib mencabut undi untuk memelihara Maryam. Ternyata dimenangi oleh Nabi Zakaria as (Zechariah/Zacharias).

5.       Nabi Zakaria terpesona dengan keistimewaan yang Allah beri kepada Maryam lalu dia berdoa untuk mendapat seorang anak walaupun dia sudah sangat tua dan isterinya pula mandul.

6.       Lalu Allah kurniakan seorang anak lelaki iaitu Nabi Yahya (John, Johanes, Yohanes, Yohn).

7.       Datang malaikat kepada Maryam, beritahu yang Maryam akan mendapat seorang anak lelaki walaupun Maryam belum pernah disentuh mana-mana lelaki.

8.       Nabi Isa lahir. Walaupun masih bayi, tetapi dia pernah berkata-kata sebagaimana orang dewasa.

9.       Antara mukjizat Nabi Isa - Buat bentuk burung daripada tanah liat lalu burung itu hidup. Sembuhkan orang berpenyakit kulit dan orang buta. Pernah hidupkan semula orang yang sudah mati. Tahu makanan dan barang yang disimpan di rumah orang lain.

10.   Para sahabat Nabi Isa (para hawarinya) berbai’ah dengan Nabi Isa untuk sama-sama memperjuangkan agama Allah.

Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Cinta Allah
Kuliah 28 November 2016

No comments: