Saturday, February 16, 2019

Jaguh Tawakal - Saiyidina Abu Bakar


Abu Bakr as-Siddiq ra tatkala dibai’ahkan menjadi khalifah,  dia tetap masuk ke pasar dan berniaga kain.  Kaum muslimin berasa tidak selesa dengan hal itu kerana beliau sudah memegang jawatan khalifah.

Orang ramai pun berkata : “Mengapa engkau berbuat demikian (terus berniaga)? Engkaukan telah dilantik sebagai pengganti kepada Nabi saw!”
Jawabnya : “Janganlah kamu menyibukkan aku dengan membuatkan aku tidak memikirkan tentang keperluan keluargaku. Jika aku menyia-nyiakan (tidak peduli akan) keluarga aku, sudah tentu aku akan lebih lagi menyia-nyiakan (tidak peduli akan) orang-orang selain mereka (iaitu rakyatnya).”

Oleh sebab itu  umat Islam bersetuju untuk menetapkan bagi beliau makanan keluarganya daripada harta negara (maksudnya gaji tetap).

Adakah Saiyidina Abu Bakar lemah tawakalnya apabila dia tetap berusaha untuk mencari perbelanjaan keluarganya? Kata Imam Al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulumuddin, “Mustahil Abu Bakar  tidak berada pada maqam tawakal. Siapakah lagi yang lebih utama dengan maqam ini selain daripadanya (adakah sesiapa lagi yang lebih kuat tawakalnya daripada Saiyidina Abu Bakar)?

Maka fahamlah kita bahawa bekerja untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga itu tidaklah menjadikan kita lemah tawakal, apatah lagi untuk terkeluar daripada maqam tawakal.

-          Pengajian kitab Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Tauhid & Tawakkal
-          Kuliah 10 Februari 2018

No comments: