Saturday, February 16, 2019

Tahkah Engkau 4 Jenis Akal?


AKAL ada 4 jenis iaitu :

1.       Akal yang berupa satu kelebihan yang membezakan manusia dengan binatang.
2.       Akal yang berupa kebolehan berfikir.
3.       Akal yang berupa kepandaian.
4.       Akal berupa kekuatan mencegah hawa nafsu.

Huraian 4 jenis akal :

1.       Akal jenis pertama ialah satu kelebihan yang membezakan manusia dengan haiwan. Akal jenis ini bersifat semulajadi. Sepandai-pandai binatang, kita tidak mengatakan ia berakal. Akal jenis ini ialah suatu perisian atau software yang Allah letak pada diri manusia untuk membolehkan manusia menyelesaikan perkara-perkara yang memerlukan kepada berfikir untuk menyelesaikannya.

2.       Akal jenis kedua ialah kebolehan berfikir. Ia wujud secara semulajadi. Kebolehannya meningkat sesuai dengan meningkatnya usia. Akal (kebolehan berfirki) kanak-kanak jadi semakin bagus apabila mereka semakin meningkat dewasa.

3.       Akal jenis ketiga ialah kepandaian. Semua orang yang waras ada kebolehan berfikir, tetapi dari segi intelek/kepandaian/kebijaksanaan, masing-masing berbeza. Ada orang yang cepat memaham pelajaran, ada yang lembab. Ada yang selalu dapat A dalam peperiksaan, ada yang selalu dapat E dan sebagainya.

4.       Akal jenis keempat ialah kebijaksanaan mengawal hawa nafsu. Contohnya orang yang zalim dan pelaku maksiat biasa kita sebut sebagai “kurang akal” atau “tak berakal” sekalipun mereka berpendidikan dan berpengetahuan tinggi.

No comments: