Seluruh makhluk memerlukan Allah. Jika tidak ada Allah,
makhluk tidak dapat wujud, tidak dapat tercipta, tidak dapat hidup. Oleh itu
semua makhluk adalah faqir.
Satu-satunya yang tidak faqir hanyalah Allah SWT. Hal ini
kerana Allah tidak perlukan apa-apa atau siapa-siapa. Dia Maha Sempurna dan
Maha Kaya. Dia cukup segala.
Pada hakikatnya, hanya Allah sahaja yang ada dan yang
hidup. Dia Maha Kaya, satu-satunya yang kaya kerana Dia tidak perlu kepada
apa-apa pun.
Makhluk? Makhluk perlukan Pencipta, Pemelihara, Pengurus.
Manusia perlukan udara, ruang, tempat, langit, bumi, air,
api dan bermacam-macam lagi. Semua itu disediakan oleh Allah SWT.
Alangkah miskinnya kita………..
Firman Allah : “Allah Serba Cukup (Maha Kaya) tetapi
kamu faqir.” (Muhammad : 38)
-
Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab
Faqir & Zuhud
-
Kuliah 7 Ogos 2017
No comments:
Post a Comment