Yang paling awal, paling banyak, paling zahir, paling
jelas, paling dahulu, paling terkehadapan, paling dekat yang kita nampak ialah CAHAYA.
Tetapi mengapa kebanyakan manusia tidak sedar akan hal ini, sebaliknya mereka
lebih nampak benda-benda sesudah cahaya?
i. Dari segi hakikatnya - Allah yang buatkan orang itu
tidak nampak atau belum nampak. Allah yang tentukan sejak azali.
ii. Dari segi syariatnya -
-
Orang itu yang tidak tahu cara-cara (jalan.
kaedah) untuk nampak.
-
Orang itu tidak tahu kerana dia tidak belajar
akan cara-cara (jalan) untuk nampak.
-
Orang itu tahu tetapi dia tidak berusaha
betul-betul untuk nampak.
-
Orang itu memang fikirannya lemah untuk nampak.
Pelajaran yang agak tinggi tidak dapat ditangkapnya.
Begitu jugalah halnya tentang Allah.
Yang paling awal, paling banyak, paling zahir, paling
jelas, paling dahulu, paling terkehadapan, paling dekat yang kita ‘nampak’
ialah Allah. Tetapi mengapa kebanyakan manusia tidak sedar akan hal ini
sebaliknya mereka lebih nampak yang selain Allah?
i. Dari segi hakikatnya - Allah yang buatkan orang itu
tidak ‘nampak’ atau belum ‘nampak’. Allah yang tentukan sejak azali.
ii. Dari segi syariatnya -
-
Orang itu yang tidak tahu cara-cara (jalan)
untuk ‘nampak’.
-
Orang itu tidak tahu kerana dia tidak belajar
akan cara-cara (jalan) untuk ‘nampak.’
-
Orang itu tahu tetapi dia tidak berusaha
betul-betul untuk ‘nampak’.
-
Orang itu memang fikirannya lemah untuk
‘nampak.’ Pelajaran yang agak tinggi tidak dapat ditangkapnya.
Inilah yang dikatakan oleh Imam Al-Ghazali : “Lalu
jadilah terang-Nya (terlalu terangnya Allah) itu (menjadi) sebab kepada
tersembunyi-Nya. Maha Sucilah (Allah) Yang Terhijab dengan cemerlang Nur-Nya.
Dan tersembunyi dari mata hati dan mata kepala dengan sebab terang-Nya.”
Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin
: Kitab Cinta Allah
Kuliah 11 April 2016
Rakaman audio kuliah :
No comments:
Post a Comment