Khusus kepada para pengamal Tarekat
Ghazaliyyah,
Berikutan beberapa persoalan yang
diajukan kepada kami baru-baru ini, maka kami berpandangan adalah sesuai untuk kami
memberikan penjelasan sebagaimana berikut kepada ikhwan Tariqah Al-Ghazaliyyah.
Ikhwan sekelian,
Kalian sepatutnya berasa sangat
beruntung kerana :
1.
Kalian punya sukatan
pelajaran usuluddin tersendiri, pelbagai aras lagi lengkap hasil tangan PENGASAS
tarekat ini sendiri, iaitu Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Tulisan-tulisan beliau
tentang perkara ini masih ada sampai ke hari ini.
2.
Kalian punya
kitab-kitab fekah pelbagai aras lagi lengkap, hasil tangan PENGASAS tarekat ini
sendiri.
3.
Kalian punya
kitab-kitab tasawuf sufi pelbagai aras lagi lengkap, hasil tangan PENGASAS
tarekat ini sendiri.
Tauhid – Fiqh – Tasawuf.
Tiga tungku agama ini disimpan
ilmu-ilmunya oleh pengasas tarekat ini untuk kalian.
Karya-karya penting Al-Imam :
-
bukanlah karangan
orang lain yang menggunakan namanya.
-
bukanlah karangan
beliau yang bercampur dengan karangan orang lain.
-
bukan karangan yang
tidak diketahui identiti penulisnya tetapi dinisbahkan kepada beliau.
-
bukanlah karangan
yang tidak dapat dipastikan sama ada memang benar penulisan beliau ataupun
bukan.
Kesemuanya hasil buah fikiran beliau
sendiri, ditulisnya dan disiapkannya sendiri. Bukan buah fikiran muridnya,
musuhnya, peminatnya, pengkajinya, dan sebagainya.
Walaupun sudah lebih 1000 tahun,
ajaran-ajaran Imam Al-Ghazali sebagai PENGASAS tarekat ini masih kekal terpelihara
sehingga kini untuk kalian. Sebab itu, bolehlah dikatakan tariqah kalian masih kekal
asli sebagaimana asalnya pada zaman Al-Imam, tiada sebarang perubahan dibuat,
tiada penambahan oleh orang-orang (mursyid-mursyid Tarekat Ghazaliyah) yang
datang kemudian, dan tiada terusik oleh tangan-tangan yang mahu merosakkannya. Umumnya,
sebagaimana tariqah ini pada zaman Al-Imam, sebegitulah pada zaman-zaman
kemudian sehinggalah ke hari ini,
Jika ditanya kepada kalian, apakah yang
sebenarnya yang diajarkan oleh pengasas
tarekat kalian tentang tauhid, aqidah, usuluddin?
Yah, dokumen-dokumen rasmi hasil tangan
pengasas tarekat kalian masih ada berupa kitab-kitabnya.
Jika ditanya kepada kalian, apakah yang
sebenarnya yang diajarkan oleh pengasas tarekat kalian tentang tasawuf, sufi,
tarekat?
Sama juga, dokumen-dokumen rasmi hasil
tangan pengasas tarekat kalian masih ada. Rujuk sahaja di sana.
Maka, ringkasnya tidak timbul
persoalan-persoalan di bawah dalam diri para pengamal Tarekat Ghazaliyah :
-
Benarkah PENGASAS
tarekat ini yang mengajarkan begini dan begini?
-
Ataupun hal-hal itu
sebenarnya ditambah, atau diselewengkan, atau diubahsuai oleh orang-orang
kemudian?
-
Apa sebenarnya yang
diajarkan oleh PENGASAS tarekat ini sendiri?
Rujuk sahaja karya-karya utama PENGASAS
tarekat ini, di sana ada jawapannya. Tidak ada perubahan, tidak ada penambahan
kemudian, tidak ada pengubahsuaian. Umumnya seolah-olah kita mendapat malumat
terus secara tangan pertama daripada Al-Imam sendiri.
Memang sangat berhikmah pekerjaan PENGASAS
tarekat kalian. Beliau meninggalkan karya-karyanya sendiri agar
ajaran-ajarannya tidak mudah-mudah ditokok-tambah, diubahsuai atau diselewengkan
oleh orang lain.
Semoga dengan jawapan ini, dapatlah
memberikan ketenteraman qalbu kepada para pengamal Tariqah Ghazaliyyah
khususnya.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
23 Februari 2019
No comments:
Post a Comment