Friday, February 22, 2019

Sejarah dan Aqidah Raja Mesir Akhenaton

RAJA (FIR’AUN) AKHENATEN (AKHNATON)

-          Asalnya dia dikenali sebagai Amenhotep IV. (Pada zaman itu, mungkin pemerintah-pemerintah Mesir tidak menggunakan gelaran Fir’aun)
-          Bapanya dikenali sebagai Amenhotep III.
-          Bapanya melantiknya sebagai putera mahkota.
-          Setelah memerintah selama 5 tahun, Amenhotep IV tiba-tiba menukar namanya kepada Akhenaten.
-          “Amenhotep” bermaksud “Yang Diredhai oleh Tuhan Amun”. Amun ialah Tuhan yang disembah oleh raja-raja Mesir  selama ini dan merupakan Tuhan untuk orang Mesir.
-          Tuhan Aten pula ialah Tuhan Yang Esa, iaitu Tuhan kepada seluruh umat manusia. Tuhan Aten ialah pencipta segala sesuatu, pemelihara seluruh manusia ,Tuhan kepada semua, tidak boleh digambarkan dan tidak boleh dipatungkan.
-          Akhenaten menyembah hanya satu Tuhan iaitu Aten, bukannya sebagaimana pemerintah Mesir sebelumnya yang punya banyak Tuhan.
-          Akhenaten juga memindahkan pusat pemerintahanke tempat baharu.
-          Selama ini pemerintah Mesir suka berperang tetapi Akhenaten lebih menumpukan kepada bidang agama.
-          Tertulis pada stela di pusat pemerintahan Akhenaten bahawa tiada sesiapa yang mampu membuat lukisan atau patung Tuhan Aten. Hal ini membuatkan para pelukis dan pengukir patung serta perniagaan berhala mengalami kerugian.
-          Setelah memerintah selama 17 tahun, tiba-tiba cerita tentangnya tidak ada lagi. Tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Mati biasa? Dibunuh? Hilang? Dipenjara? …
-          Akhenaten digantikan oleh anaknya iaitu Tutankhaten.

RAJA TUTANKHATEN

-          Naik takhta ketika berusia 9 tahun.
-          Tutankhaten ambil keputusan berpindah semula ke pusat pemerintahan lama.
-          Bahkan namanya juga ditukar kepada Tutankhamun, sempena nama Tuhan bangsa Mesir.
-          Oleh kerana dia masih muda, dipercayai penasihat kerajaan yang bernama Aye yang mengaturkan semua ini.
-          Sebelum itu Aye memang berkhidmat kepada Akhenaten.
-          Ketika berusia 18 tahun, tiba-tiba Tutankhamun mati secara misteri.
-          Kajian menunjukkan kepalanya menerima hentakan kuat dan kemungkinan besar dibunuh.
-          Kemungkinan besar juga Aye terlibat kerana dia mahu menguasai Mesir.

ANKHESENPAAMUN (ISTERI TUTANKHAMUN)

-          Oleh kerana Tutankhamun belum mempunyai anak sebagai waris, maka sesiapa yang mengahwini jandanya akan jadi Raja Mesir yang baharu.
-          Sangat mengejutkan apabila janda Tutankhamun mengutus surat kepada kerajaan Hitti yang merupakan musuh Mesir.
-          Dalam suratnya janda Tutankhamun meminta agar salah seorang putera Raja Hitti mengambilnya sebagai isteri.
-          Nampaknya janda Tutankhamun tahu bahaya yang akan berlaku.
-          Raja Hitti hantar salah seorang puteranya tetapi rombongan puteranya dimusnahkan di sempadan Mesir.
-          Akhirnya Aye yang mengahwini janda Tutankhamun. Maka kita sudah boleh agak apa yang berlaku selama ini adalah permainan Aye.
-          Aye pun berjaya menjadi Raja Mesir yang baharu.
-          Kemudiannya cerita tentang janda Tutankhamun pun tamat, tidak diketahui apa yang berlaku padanya. Mati? Dibunuh? Hilang?

RAJA AYE

-          Dia sudah tua.
-          Sempat memerintah selama 2 tahun sahaja.
-          Dia juga tiada waris.
-          Oleh itu seorang pemerintah tinggi tentera bernama Horemheb diangkat sebagai Raja Mesir.

RAJA HOREMHEB

-          Dia berusaha menghapuskan semua jejak Akhenaten, Tutankhamun dan Aye.
-          Dia juga tiada pewaris lalu melantik Ramesses 1 sebagai penggantinya.

Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab ‘Aqidah (Qawaid al-‘Aqaid)
Kuliah pada Februari 2014


No comments: