Sunday, February 24, 2019

Antara Adab Bersuami Isteri


Imam Al-Ghazali menulis : “Sayugialah suami mendatangi (berjimak dengan) isterinya pada setiap 4 malam sekali (Secara puratanya jika tiada apa-apa masalah). Hal itu adalah lebih adil kerana bilangan isteri itu empat, maka bolehlah dikemudiankan sampai kepada batas tersebut (UMUMnya bolehlah dilewatkan sehingga 4 hari). Ya, sewajarnyalah dilebihkan atau dikurangkan menurut hajat isteri sebagai pemeliharaan bagi isteri, kerana pemeliharaan bagi isteri itu adalah wajib atas suami. (*Maksudnya bukanlah tetap mesti 4 hari sekali, tetapi bergantung kepada keadaan. Boleh dilebihkan dan boleh dikurangkan)

“Janganlah suami mendatangi isterinya yang sedang haid dan jangan sesudah habis haid tetapi belum mandi. Ada yang mengatakan bahawa hal itu mempusakai penyakit kusta pada anak. Dan bagi suami, boleh bersenang-senang dengan seluruh tubuh isterinya yang sedang berhaidh tetapi jangan mendatanginya pada tempat yang tidak boleh didatangi.”

Firman Allah Taala : “Maka usahakanlah perladanganmu (isteri2mu) itu sebagaimana yang kamu sukai.” (Al-Baqarah : 223)

-          Pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Adab Perkahwinan
-          Kuliah 12 Februari 2018

Penjelasan lanjut, ikuti audio rakaman kuliah di https://www.youtube.com/watch?v=-YoA7r4xxFc&t=30s

No comments: