Benarkah Tuhan
tidak memandang rupa seseorang?
Ya, ringkasnya Tuhan tidak memandang rupa seseorang sebagai
penilaian tetapi Tuhan sangat memandang cara seseorang itu menghias rupanya
(iaitu cara penampilan seseorang, cara seseorang itu menampilkan dirinya).
Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupaparas
dan hartamu, melainkan yang dipandangnya ialah hati dan amal perbuatanmu.”
(Muslim, Ibnu Majah)
“Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu,
tetapi dia melihat hati kamu.” (Muslim)
Apakah rupa?
Keadaan tubuh badan kita seperti tinggi rendah, putih
hitam, cantik hodoh, kurus gemuk dan lain-lain. Rupa ini asalnya diberi oleh
Allah kepada kita secara semulajadi. Sebab itu ia bukanlah kayu ukur kepada
keimanan seseorang. Rupa bukanlah cara kita menghias diri dan bukan cara kita berpakaian.
Apakah cara
menghias rupa yang dipandang oleh Tuhan itu?
1.
Penampilan yang kemas seperti rambut, janggut,
pakaian dll.
2.
Pakaian yang bersih, tidak berbau busuk, wangi.
3.
Menutup aurat (dengan sempurna).
4.
Meraikan sunnah-sunnah Rasulullah dalam berpakaian seperti menutup kepala, memakai serban
terutamanya yang berwarna putih dan hitam, memelihara janggut dengan kemas,
menipiskan/menggunting misai, memakai jubah, memakai pakaian berwarna putih,
hijau, memakai cincin, memakai celak, memakai pakaian berwarna gelap bagi
wanita, melonggarkan pakaian bagi wanita, memendekkan kuku, mencukur/mencabut
bulu ketiak, menghadiahkan senyuman dan sebagainya.
Apa bukti Allah
memandang cara kita menghias rupa?
1.
Jika sengaja kita bagi nampak kotor, comot dan
selekeh = berdosa. Jika sebaliknya akan dapat pahala.
2.
Tak tutup aurat = berdosa. Tak tutup aurat
dengan sempurna = berdosa juga. Jika sebaliknya akan dapat pahala.
3.
Tak raikan sunnah-sunnah Rasulullah dari segi
penampilan, umumnya ada yang mendapat dosa dan ada yang tidak mengapa, tak
dapat apa-apa. Jika sebaliknya, dapat pahala.
Mana yang lebih
menjadi tujuan antara pahala dengan kasih sayang Allah?
Dalam tasawuf, bagi ahli-ahli sufi, hendakkan pahala itu
perkara kemudian, hendakkan kasih sayang/kecintaan Allah itu yang jadi
keutamaan.
Kesimpulannya,
umumnya Allah memang tidak mengukur kita melalui rupa, tetapi Dia mengukur kita
melalui cara kita menghias rupa.
Oleh itu, ambil beratlah pengurusan hiasan rupa kita.
-
Pengajian kitab
induk Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Ilmu
-
Kuliah Jun 2013
-
Rakaman audio kuliahnya
di https://www.youtube.com/watch?v=uy7pxJRWg_4
No comments:
Post a Comment