Monday, September 9, 2019

Siapakah Ahli2 Hakikat?


Persoalan : Ustaz, mengapa ada yang digelar ahli hakikat? Siapa mereka dan bagaimana kedudukan mereka?

Jawapan :
Ahli-ahli hakikat ialah orang-orang yang  hal ehwal hakikat itu ada pada diri mereka. Mereka terdiri daripada beberapa tingkatan (bermula dengan yang paling bawah) :
1.       Yang ada pengetahuan tentang hakikat.
2.       Yang ada pengetahuan dan pemahaman yang benar tentang hakikat.
3.       Yang ada pengetahuan, pemahaman yang benar  dan amal tentang hakikat.
4.       Yang ada pengetahuan, pemahaman yang benar, amal dan penghayatan tentang hakikat.
5.       Yang diri mereka sendiri lenyap dalam hakikat.
Inilah ahli-ahli hakikat.

Mengikut kajian kita yang lemah ini, kedudukan mereka adalah mengikut maqam-maqam yang lima di atas.
Mengikut di sisi Allah pula…. hanya Dialah sahaja yang tahu tentang kedudukan mereka di sisi-Nya.

Wallahua’lam.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
4 September 2019

No comments: