Monday, September 2, 2019

Belajar Aqidah Tauhid Tinggi-tinggi tetapi

Belajar aqidah tinggi-tinggi, tauhid dalam-dalam, tetapi akhirnya meyakini bahawa agama-agama di dunia ini sama, atau setara, atau betul belaka.
Jika benar begitu, tidaklah Rasulullah saw menyebarkan agama Islam ketika belasan atau puluhan agama lain bersetara, berliberal atau berplural di kota Makkah (ketika itu agama berhala sahaja terdiri daripada pelbagai agama yang berlainan, bukan satu agama). Sia-sialah baginda diutuskan jika sekadar untuk menjadi salah satu sahaja kepada yang sedia ada. Mustahil Allah SWT buat kerja yang sia-sia.
Jika benar begitu, pastinya Rasululah saw bersetuju agar Kaabah dikongsi bersama-sama oleh Islam dan agama-agama lain, sebagaimana sebelum kedatangan Islam bawaan baginda, sebagaimana ajakan berkongsi Kaabah oleh pemimpin-pemimpin bukan Islam.
Baginda mengajak dan mengetuk pintu rumah orang-orang bukan Islam pelbagai agama, sedangkan ketika itu bukan Islam yang memerintah Makkah. Ini salah satu sunnah baginda.

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
1 September 2019

No comments: