Monday, September 16, 2019

Hak Jiran Tetangga


HAK JIRAN TETANGGA

Nabi saw bersabda : “Selalulah Jibril menasihati aku tentang jiran tetangga, hingakan aku menyangka bahawa jiran tetangga itu akan menerima pusaka daripada jirannya.” (Bukhari, Muslim)

Abdullah bin Umar berkata : “Sesungguhnya Rasululah saw sentiasa menasihatkan kami tentang jiran tetanga, sehinggakan kami khuatir jika jiran tetangga itu akan mewarisi daripada jrannya.” (Abu Dawud, Turmizi)

Sabda baginda saw : “Barangsiapa beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya.” (Bukhari, Muslim)

Sabda baginda saw : “Tidak beriman seseorang hamba sebelum jiran tetangganya aman daripada (sikap dan) perbuatan-perbuatan jahatnya.” (Bukhari, Muslim)

Ditanyakan kepada Rasulullah saw : “Seorang wanta yang (rajin) berpuasa (sunat) pada siang hari dan mengerjakan solat (sunat) pada malam hari tetapi ia melakukan hal yang menyakitkan jiran tetangganya.”
Lalu Nabi saw menjawab : “Wanita itu dalam naar.” (Ahmad, Al-Hakim)

Nabi saw bersabda : “Bahagia dan celaka itu pada wanita, tempat tinggal (rumah) dan kuda (kenderaan). Yang bahagia pada wanita ialah ringan mas kahwinnya, mudah mengahwininya dan baik akhlaknya. Yang celaka pada wanita ialah mahal mas kahwinnya, sukar mengahwininya dan buruk akhlaknya. Yang bahagia pada tempat tinggal ialah luas dan baik jiran tetangga di tempat itu. Yang celaka pada tempat tinggal ialah sempit dan jahat jiran tetangga di tempat itu. Yang bahagia pada kuda (kenderaan) ialah mudah mengenderainya dan baik tingkah lakunya. Yang celaka pada kuda ialah sukar mengenderainya dan buruk tingkah lakunya.” (Muslim)

Abu Dzar berkata : “Diriwayatkan kepada aku oleh kecintaanku iaitu Rasulullah saw : “Apabila engkau masak dalam satu kuali, maka banyakkanlah kuahnya. Kemudian, perhatikanlah kepada sebahagian daripada tetanggamu, maka ambillah untuk mereka daripadanya (lalu dberikan kepada mereka).” (Muslim)

Abu Hurairah ra berkata : “ Rasulullah saw bersabda : “Wahai para wanita Islam! Jnganlah seorang tetangga menghinakan tetangganya yang memberikan sesuatu, walupun (yang diberikannya itu sekadar) kuku kambing.” (Bukhari)


Hak Jiran Tetangga : 

1.      Berikan salam kepada mereka.
2.      Tidak terlalu memanjang-manjangkan berkata-kata dengan mereka. Berbual yang sekadarnya sahaja. Jika memanjang-manjang biasanya akan membawa masalah.
3.      Jangan bertanya lebih-lebih tentang hal ehwal diri mereka. Tanya yang sekadarnya sahaja kerana dikhuatiri mereka berat hati untuk menceritakan hal yang dalam-dalam.
4.      Mengunjungi mereka jika mereka tidak sihat.
5.      Memberikan ta’ziah apabila mereka mendapat musibah (kematian).
6.      Mengucapkan selamat pada hal-hal yang menggembirakan mereka dan tunjukkan yang kita turut berkongsi kegembiraan tersebut.
7.      Memaafkan kesalahan mereka.
8.      Tidak terlalu memandang-mandang hal ehwal rumah mereka kerana mngkin ada hal-hal yang mereka tidak senang orang melihatnya.
9.      Tidak menyempitkan laluan jalan ke rumah mereka.
10.  Tidak memandang-mandang apa yang mereka pulang ke rumah. Contohnya makanan dan barang-barang.
11.  Berusaha menutup aib-abnya.
12.  Membantunya apabila ia berada dalam kesusahan.
13.  Tolong tengok-tengokkan rumahnya ketika dia tidak ada di rumah.
14.  Elakkan mendengar umpatan-umpatan orang terhadapnya.
15.  Elakkan daripada memerhati kaum wanita di rumahnya.
16.  Elakkan daripada selalu melihat akan babunya/orang gajinya/hambanya.
17.  Bercakap baik-baik dengan anak-anaknya.
18.  Berkongsi ilmu tentang urusan keagamaan dan keduniaan dengannya.

Diringkaskan darpada kitab Ihya' 'Ulumuddin

No comments: