Monday, September 9, 2019

Ilmu Tasawuf Tentang Lidah


Alangkah hebatnya kejadian lidah kerana sedemikain banyak kegunaannya seperti :
untuk melengkapkan anggota.
untuk mencantikkan.
untuk merasa.
untuk memberi rasa sedap.
untuk membunyikan kata-kata.
untuk kita berfikir tentang Allah melalui kejadiannya.
untuk kita melafazkan zikrullah.
untuk berdakwah.
untuk beribadah.
 untuk mempertahankan diri.
 sebagai senjata menentang musuh.
 untuk menzahirkan rahsia-rahsia qalbu.
 untuk mengesan tanda-tanda penyakit.
 untuk memberi isyarat.
 untuk melawan bakteri-bakteria tertentu.
dan pelbagai lagi.

Lidah boleh menghasilkan kesan yang bermacam-macam. Antara lorong (highway) terbesar bagi fitnah ialah lidah. Ia mudah untuk dlepaskan dan tiada batasan.

Kata Imam Al-Ghazali : “Anggota badan yang paling derhaka bagi manusia ialah lidah, kerana ia tidak susah untuk dilepaskan dan tiada perbelanjaan (modal air liur dan sedikit tenaga sahaja) untuk menggerakkannya.”

Katanya lagi : “Sesungguhnya lidah itu perkakas syaitan yang terbesar untuk memperdaya manusia.”

Antara matlamat pengajian kita ini :
Nak kenal bahaya-bahaya lidah.
Nak elak daripada terkena bahaya-bahaya lidah.
Nak rawat bahaya-bahaya lidah, sekiranya sudah terkena.

Ringkasnya :
Untuk membetulkan amalan anggota badan, pelajarilah fiqh.
Untuk membetulkan amalan akal, pelajarilah aqidah/tauhid.
Untuk membetulkan amalan qalbu. pelajarilah tasawuf sufi (yng termasuk di dalamnya mata pelajaran tentang akhlak lidah).

Orang yang tak reti jaga lidah ni (sehingga terbuat dosa) , puncanya di mana? Di qalbu!
Orang yang tak reti jaga kemaluan ni (sehingga terbuat dosa), puncanya di mana? Di qalbu!
Dan kitab hya’ ‘Ulumudidn ini ialah kitab huraian tentang qalbu.

Yang kita dok belajar tasawuf, sufi, tarekat ni, kerana apa?
Kerana bukan tubuh badan kita sahaja yang perlukan exercise (latihan dan senaman) untuk sihat wal afiat. Qalbu pun kena exercise jugak untuk dia sihat wal afiat.

Sebab itulah ada zikir-zikir dia, amalan-amalan dia, tafakur, cara-cara renung dia….

Yang kita? Dok tumpu exercise anggota badan sahaja.
(Maka, biarlah seimbang)

Sekalipun kita tak cakap hal-hal yang mendatangkan dosa, tetapi bercakap banyak dalam hal-hal yang tidak perlu ni akan tetap merugikan kita dari segi ia akan menambahkan jangka masa kita kena hisab di akhirat nanti, kerana setiap kata-kata kita akan dihisab. Lagi banyak cakap (yang tidak perlu), lagi lama proses hisabnya.

Di dalam Jannah tidak ada kata-kata yang sia-sia. Yang salah lagilah tak ada. Nak dapat yang tu…… di dunia ni lagi kita kena practise (latih) dah.

Petikkan2 daripada : Kitab Bahaya Lidah 2 (Youtube)

Abu Zulfiqar Al-Amsyari
September 2019

No comments: