Soalan
61 :
Cukup
tak kalau saya punya zikir pagi dan petang tu, saya guna wirid lepas
solat Subuh dan lepas solat Asar beramai-ramai dengan tok imam je?
Atau kena buat juga wirid pagi petang yang lain?
Jawapan
: Sudah memadai dengan cara begitu. Tetapi jika dapat ditambahkan
dengan wirid pagi dna petang yang lain selain daripada yang dibaca
beramai-ramai dengan imam selepas solat tu, yang itu adalah lebih
bagus.
Soalan
62 : As-salam. Tuan buat rawatan Islam?
Jawapan
: Waalaikumussalam. Tak buat lagi. Saya berhenti jadi perawat tahun
2012.
Soalan
lagi : Kalau minta scan sahaja daripada jarak jauh, boleh? Untuk
tengok ada saka atau sihir.
Jawapan
: Mohon maaf tuan. Saya tak ada kebolehan scan dari jarak jauh.
Soalan
63 : Saya ada berbual dengan satu orang ni. Dia kata, ibadat
solat itu bukan macam solat yang kita buat di masjid, tapi solat itu
ialah perbuatan mencegah yang keji dan mungkar. Itulah solat yang
sebenar. Dia berhujah guna surah Al-Ankabut ayat 45. Dia memang tak
buat solat lima waktu. Camne tu ustaz?
Jawapan
: Tersilap faham tu. Al-'Ankabut : 45 : "Solat itu mencegah
daripada yang keji dan mungkar".
Ayat
ini bukan bermaksud "Solat itu IALAH mencegah daripada yang keji
dan mungkar", tetapi yang sebenarnya bermaksud "Solat itu
DAPAT mencegah daripada yang keji dan mungkar."
Cara
pemahamannya - Solat yang benar itu memang DAPAT mencegah daripada
yang keji dan mungkar, tetapi mencegah yang keji dan mungkar itu
tidak semestinya solat. Ada perkara-perkara lain yang turut DAPAT
mencegah yang keji dan mungkar.
Contoh
mudah - Senyum ikhlas itu memberikan ketenangan kepada orang-orang
memandangnya.
Kata-kata
ini bukan bermaksud "Senyum ikhlas itu IALAH memberikan
ketenangan kepada orang-orang yang memandangnya" tetapi
sebenarnya bermaksud "Senyum ikhlas itu DAPAT memberikan
ketenangan kepada orang-orang yang memandangnya".
Senyum
yang ikhlas itu memang DAPAT memberikan ketenangan kepada orang-orang
yang memandang, tetapi ketenangan orang-orang yang memandang tidak
semestinya dengan senyuman ikhlas. Ada perkara-perkara lain yang
turut DAPAT memberikan ketenangan kepada orang-orang yang memandang.
Contoh
lain : Berpuasa itu melemahkan kehendak hawa nafsu.
Maksudnya,
berpuasa itu DAPAT melemahkan kehendak hawa nafsu, bukannya berpuasa
itu IALAH melemahkan kehendak hawa nafsu.
Soalan
64 : Begini
ustadz. Dari sejak kecil saya
sulit
(sukar)
bicara/gugup, tapi
kalo
lagi
(sewaktu)
membaca
Al-Qur'an,
atau berdo'a,
lagi
sholat dan
sebagainya,
itu gak
sulit
(tidak
ada masalah),
tapi
kalo
ngobrol (berbual)
sama
teman,
susah.
Aku
bingung ustadz.
Ini
kan ujian dari Alloh
Apakah saya
salah
jika aku terus meminta kepada
Alloh
supaya saya
tidak seperti
ini?
Ataukah
menerima
keadaan aja?
Tapi
kalo
menerima
keadaan,
bagi saya
sangat sulit ustadz. Terkadangkan orang
tua (ibu
bapa) atau
guru
saya
menyuruh yang
berhubungan dengan
ucapan, saya
bingung ustadz, saya
sulit mengucapkan itu, dan saya
merasa malu jika sulit bicara, sampai-sampai
mata saya terpejam.
Mungkin
ustadz juga
pernah melihatnya org yang
gugup kaya
(keadaannya)
bagaimana.
Dan
kalo
boleh untuk
berdo'a, saya
akan berdo'a, dan kalo harus
(perlu)
dibarengi (disertakan)
dengan
obat, atau pekerjaan
(tindakan),
insyaAlloh
saya
akan cari atau lakuin
(lakukan)
pekerjaan
itu. Saya
mohon solusinya ustadz. Terima
kasih.
Jawapan
: Antara usaha yang boleh dilakukan :
i)
Berdoa. Mohon kepada Alloh. Nyatakan hajat kita. Boleh dinyatakan
sahaja dalam bahasa sehari-hari kita karena Allah memahami segala
bahasa. Dia suka abdi-Nya
memohon kepada-Nya karena
di situ ada pengakuan kerendahan dan kelemahan diri kita, dan yang
lebih penting lagi,
ada
pengagungan serta pengiktirafan kepada-Nya. Sebab itulah berdoa itu
berpahala. Itu tandanya Alloh
suka. Menurut para sufi, apabila hati kita terdetik untuk berdoa
sahaja,
itu sudah antara petanda Alloh mahu memberi.
Dari
segi
hakikatnya, hanya Dia sahaja yang ada kuasa untuk memberi
(termasuklah memberi
kelancaran
dalam berbicara).
Selain daripada Dia, tidak ada yang berkuasa untuk memberi.
Kita
usahakan memohon. Yang diminta
terima lagi diminta
redha
itu adalah hasil permohonannya itu, sama ada dikabulkan atau tidak.
Sekiranya sudah banyak kali memohon tapi masih belum berjaya, tiada
masalah. Kita terima saja ketentuan-Nya, dan...
kita teruskan lagi doa dan usaha.
ii)
Dari
segi amalan bacaan, kita
selalulah baca ayat-ayat daripada Surah Toha : 25-28. Coba cari
artinya, sejarahnya dan hayatilah
bacaannya agar berbekas di jiwa. Jika
ada kesempatan sebelum berbicara sama orang, baca dahulu ayat-ayat
ini, lalu terus lontarkan kata-kata, jangan ditunggu diam yang lama.
Diam yang lama itu akan membebankan kita untuk berfikir dan menyusun
kata-kata.
Satu
lagi amalan bacaan yang bagus lagi mudah ialah amalkan
Surah
Al-Insyirah. Surah ini sesuai dibaca sebelum atau sesudah doa no. (i)
tadi karena pada ayat akhirnya bermaksud : "Dan
kepada Rabbmu hendaklah engkau meminta."
iii)
Ada ketikanya lebih sesuai jika kita pendekkan pemilihan kata, karena
jika dipanjangkan, kita akan lebih stress untuk melanjutkan bicara
sehingga menyukarkan keluarnya bicara.
Contohnya,
jika ada yang bertanya kepada kita : "Kamu tinggal di mana?"
Jawab
aja : "Katapang."
Jangan
difikir-fikir untuk menjawab : "Saya tinggal di pinggiran kota
Bandung, tepatnya di Katapang." Ini
bisa bikin stress untuk melontarkan
kata-katanya.
iv)
Kuatkan sedikit suaranya ketika mengeluarkan kata-kata. Cara
begini akan lebih
memberi keyakinan kepada diri kita dan orang akan lebih mengambil
berat akan
kata-kata
kita.
v)
Gunakan dialek/loghat bahasa yang biasa kita guna. Jika kita guna
dialek/loghat yang jarang-jarang kita guna, karena otak kita kena
lebih berfikir untuk menyusun kata-kata.
vi)
Terus lontarkan kata-kata. Jangan terlalu difikir tentang susunan
kata-katanya
karena
akan membebankan
otak
kita dengan berfikir. Ketika membaca Al-Quran, berdoa dan mengerjakan
solat, kata-katanya tidak perlu kita fikir dan susun. Sebab
itulah lancar sahaja. Jadi,
kita
tanamkan dalam hati bahawa
dari
segi
hakikatnya,
Alloh yang membuatkan orang faham akan kata-kata kita, bukannya kita
yang ada kuasa untuk membuatkan orang faham.
vii)
Dapatkan nasihat doktor juga sangat bagus. Ada terapi-terapi yang
mereka boleh saranankan dalam hal ini. Sedikit-sebanyak memang dapat
membantu.
viii)
Jangan terlalu memandang orang-orangnya ketika mahu berbicara. Tentu
ada orang yang lebih tua, lebih berpangkat, lebih alim dan sebagainya
di sekitar kita. Kita memang merendah
diri tetapi jangan terlalu
merendah diri kerana akan membuatkan kita gugup berbicara.
ix)
Dari segi pemakanan, sefaham saya sangat bagus jika dapat selalu
mengambil badam, kismis, ginkgo biloba dan minum koko.
Semoga
perkongsian ringkas ini bermanfaat buat tuan.
Soalan
65 : Tuan, boleh jelaskan tak apa
maknanya "tak
layak bercakap hal maqam ma'rifat
sedangkan dia cuma peringkat bawah"?
Jawapan
: Contohnya seseorang yang ada atau suka bercakap tentang
hal-hal yang lebih tinggi daripada dapatannya sendiri
dalam
hal ehwal keRUHanian ini, yang
menunjukkan atau mengisyaratkan dirinya ada
faham atau sudah
"mencapai"
hal-hal yang diceritakannya itu.
Hal ini berlaku pada semua maqam, bukan pada maqam ma'rifat sahaja.
Contohnya
seperti
dia
berbicara
tentang
"memandang"
Wajah Allah, "mendengar" alam berbicara, haqiqat kenabian,
akhir
ad-diin,
kamal
ad-diin,
alam
malakut, baqa', "mendengar"
kalam qadim, "menyaksikan"
kejadian syaitan, mendapat
ilmu laduni, Nur
Allah, dan
sebagainya, sedangkan dia tidak "mencapai" pun
hal-hal
tersebut. Adalah
sangat penting agar dia tidak bercerita tentang hal itu kepada
orang-orang lain semua
kerana ada mudarat-mudaratnya
lebih-lebih
lagi
untuk dirinya sendiri.
Ringkasnya
begitulah.
Soalan
66
:
Ustaz mungkin biasa tengok atau pernah alami sendiri yang dikatakan
ilmu pukulan jarak jauh, di mana orang yang menyerang terlambung ke
belakang, ada yang terus keras macam patung, yang kelihatan kesakitan
dan sebagainya. PERSOALAN
SAYA,
bagaimana hendak membezakan mana yang benar-benar ada kuasa
MELANTUNKAN
orang
atau dalam kata lain yang benar-benar asli bersifat beladiri dan yang
mana sekadar permainan hipnotis sahaja?
Jawapan
: Sahaya menjawab bahagian yang DIPERSOALKAN sahaja ya. Tentang "mana
yang benar-benar ada kuasa MELANTUNKAN" sahaja. (Sengaja sahaya
besarkan perkataan-perkataan itu agar jawapan sahaya nanti tidak
terkeluar jauh daripada persoalan yang ditanya)
Sebenarnya
persoalan yang lebih kurang serupa pernah ditanyakan kepada salah
seorang guru agama saya dahulu (lebih 20 tahun dahulu). Jadi saya
ambil idea si gurulah dan saya sesuaikan dengan situasi hari ini.
Pertunjukan/demonstrasi
yang biasa kita lihat itu sebahagiannya
(maksudnya BUKAN
SEMUALAH)
yang
hanyalah
sekadar permainan penguasaan dan pengaturan minda,
atau
kebiasaan refleks yang dilatih selalu, atau kedua-duanya
sekali.
Banyak
orang mengaitkannya dengan hipnotis. Guru
sahaya
itu
dulu
menyebutnya sebagai pukau
(istilah ini mungkin tepat dan mungkin tidak).
"Setting"
ini dilakukan sewaktu seseorang itu berada dalam minda bawah sedar.
Orang-orang
yang bersetuju mindanya menerima saranan-saranan (sama ada secara
disedarinya atau tidak disedarinya), biasanya akan terdorong
bertindak
sebegitu. Mereka tidak akan dapat menghampiri, menyentuh dan
menyakiti sasaran seperti manusia
(tua, muda, lelaki, perempuan,
besar, kecil, hidup, mati),
botol, batu, tembok,
anak patung
dan sebagainya.
Ada
yang kesakitan
apabila menyerang,
bukan kerana terkena sebarang pukulan tetapi kerana dia yang
menghenyak diri
dan tenaganya
sendiri secara maksima. Tambahan lagi jika orang itu sendiri seorang
yang lemah kerana
kurang beraktiviti, kurang sihat, atau ada penyakit-penyakit
tertentu,
lagilah teruk keadaannya.
Ada
yang keras macam patung, terlompat-lompat macam orang hilang
kewarasan,
tertawa tak berhenti-henti,
jika
berlari keluar pun seakan-akan
tertarik
semula ke arah yang diserang, dan
sebagainya, mengikut kebijaksanaan
si pengajar menanamkan saranan
minda
lalu diterima
dan dan
dipercayai
oleh murid-muridnya.
Jika penyerang
melemparkan batu, parang, lembing dan sebagainya pun,
tangannya
akan mengarahkan benda-benda itu ke
kiri, kanan, bawah atau atas, mengikut saranan minda yang diberi
penghipnotis dan diterimanya ketika
dia berada di minda bawah sedar.
Berbalik
kepada persoalan
asal
yakni tentang TERLAMBUNG
atau TERLANTUN.
Mana
yang benar-benar boleh melambungkan? Jadi, kita
FOKUS kepada
hal
yang ditanya.
Menurut
ustaz tadi, antara
kaedah mahu menguji yang aslinya
(yang bukan permainan hipnotis
dan refleks kebiasaan)
yang
benar-benar boleh melambungkan :
i)
Cara
yang banyak kerja - Minta
para penyerang naik ke atas sesuatu yang lebih tinggi daripada yang
diserang seperti tangga, tembok, pokok atau
seumpamanya,
dan minta si penyerang menyerang dengan cara menjatuhkan dirinya
tepat ke atas yang diserang. Kata
guru sahaya,
macam yang Jimmy "Superfly" Snuka buat dalam gusti.
Sekiranya
mereka jatuh tidak tepat, maksudnya mereka masih
di
bawah
pengaruh hipnotis
atau refleks kebiasaan.
Sudah
tentu mereka akan jatuh contohnya ke kiri atau ke kanan.
Yang ini tidak
dikira.
Cari
yang betul-betul boleh jatuh tepat ke atas yang diserang. Sekiranya
ketika tubuh si penyerang hampir sampai kepada yang diserang dan
tiba-tiba tubuh si penyerang terlambung ke atas seolah-olah lantunan
bola ping pong, seolah-olah
terhalang sebentar oleh sesuatu yang tidak
kelihatan,
atau seolah-olah terlanggar sesuatu yang ghaib
lalu terlantun ke belakang,
kemungkinan
besar
itulah yang aslinya
(yakni yang benar-benar boleh melantunkan).
Baru
mungkin ya, belum pasti lagi.
Jika
tidak terlambung pun, sekiranya
tiba-tiba tubuh si penyerang terhenti sekejap di udara sekadar
separuh detik sebelum
terlencong
ke kanan atau ke kiri, mungkin benarlah itu. Tetapi
jika terus sahaja terlencong, yang itu bukan dia.
Zaman
dahulu kala khabarnya guru yang mahir boleh mengawal
laras kekuatan
kuasa itu dan membuatkan tubuh penyerangnya
terapung-apung
di atas kepalanya buat beberapa ketika. Tidak
terlantun dan
tidak terlencong. Wallahua'lam.
Tapi
kalau para penyerang melompat tidak tepat
ke arah si penunggu
melainkan
asyik
ke kiri ke kanan, itu sekadar permainan penyusunan
minda
atau
refleks kebiasaan sahaja.
Tidak dikira.
(Refleks kebiasaan ini lebih mudah dilihat pada seni beladiri yang
banyak melakukan jatuhan, terutamanya
yang dari Jepun)
ii)
Satu
lagi kaedah
yang banyak
kerja,
sediakan satu panah yang berpesawat (agaknya
yang dimaskudkan oleh guru sahaya itu
macam crossbow tu dan ada punat atau butang untuk menekannya, walau
bagaimana pun bentuknya)
dalam jarak tiga kaki contohnya,
yang mata anak
panahnya memang tepat ke arah yang diserang. Jika butang
itu ditekan, anak panah memang
akan tepat ke arah sasaran. Jadi, para penyerang bolehlah buka
langkah, baca sebarang bacaan, atau mengamok meneran dan sebagainya,
dengan syarat dia dapat
tekan butang tersebut. Sekiranya dia gagal menekan butang,
itu juga termasuk
yang sudah berjaya
dihipnosis.
Tak kira yang tu. Hasilnya, sekiranya anak panah itu terlantun ke
belakang atau tiba-tiba terlencong ke kiri kanan, mungkin betullah
tu.
Tapi kalau anak panah mengenai tubuh si penunggu, biasanya permainan
hipnotislah tu.
Zaman sekarang mungkin boleh guna mesin pelontar bola tenis, sasaran
latihan menembak dan sebagainya yang lebih canggih.
iii)
Cara
yang mudah pula
adalah
melalui pemerhatian ketika
pertunjukan
dibuat, sama ada demonstrasi di khayalak ramai atau pun yang untuk
seorang dua sahaja. Sekiranya
ketika
menyerbu itu si
penyerang
MELOMPAT
ke arah yang diserang,
tetapi dia
tersangkut
sebentar walau 0.1 saat di udara lalu terlambung
ke belakang atau ke tepi SEBELUM
KAKINYA BERJEJAK KE TANAH,
insya-Allah betullah tu. Tapi jika kakinya sudah berjejak ke tanah
terlebih dahulu
lalu baru terlambung ke belakang atau ke sisi, yang itu adalah kerana
saranan-saranan yang sudah ditanam kepercayaannya oleh si pengajar
dan kerana refleks kebiasaan yang dilatih selalu.
Ada
orang mengatakan jika tidak berjejak ke tanah, ia tidak menjadi
kerana ilmu ini menggunakan jin tanah. Jawab
(arwah)
guru
saya itu, sebenarnya
bukan kerana jin tanah, tetapi kerana proses hendak terlambung atau
terlencong itu adalah kerana daya kekuatan diri penyerang
sendiri,
bukannya kekuatan mana-mana makhluk ghaib, atau
kerana
power
oleh
yang
diserang, atau
kerana
bacaan-bacaan
tertentu. Ibarat penggusti yang ditolak ke tali gelanggang, mesti
akan terpantul berpatah semula. Padahal tali itu umumnya tidak
memantulkan
sangat
pun.
Sebaliknya
si peggusti berpatah balik kerana daya daripada dirinya sendiri.
Lagi,
sewaktu penggusti hendak diangkat dijulang oleh lawannya, sebenarnya
si penggusti itu sendiri yang melonjakkan badannya sedikit agar mudah
diangkat oleh lawannya
untuk
dilambung dan sebagainya.
(Gusti yang dimaksudkan dalam penulisan ini ialah gusti hiburan ala
WWE, bukan sukan gusti yang sebenar itu)
Dalam
ilmu melantunkan musuh jarak jauh ini, biasanya si guru hanya akan
mengunakan orang-orangnya sahaja sebagai penyerang. Kalau dalam demo
kecil-kecilan, asyik orang yang sama sahaja akan jadi penyerang. Hal
ini kerana orang-orang itu sudah melalui proses hipnotis dan refleks
kebiasaan. Guru lebih suka mengambil orang-orang yang kuat terkena
pengaruh hipnotisnya dan kuat terbiasa dengan refleks yang sudah
dilatih.
Hipnotis
itu membuatkan minda bawah sedar para penyerang itu yakin yang mereka
tidak boleh mencapai orang yang menanti dan refleks kebiasaan akan
membuatkan para penyerang terdorong untuk bergerak mengikut isyarat
pergerakan anggota badan si penanti. Contohnya, jika si penanti
menggengam tangan, mengenyit mata, menghentakkan tapak kaki ke tanah,
tikam jari telunjuk ke tanah, depangkan tangan, dan sebagainya. Para
penyerang akan terefleks melakukan pergerakan sebagaimana yang
dilatih. Contohnya terjatuh, terhenti, keras macam patung, terlantun
(melantunkan diri sendiri), dan sebagainya. Lain pergerakan si
penanti, biasanya lain pula refleks yang berlaku kepada para
penyerang.
Pertunjukan-pertunjukan
seperti ini boleh dipelbagaikan mengikut majlis dengan cara si
penanti, merentap kain/tali, bersalaman dengan penyerang, merenung
jarak jauh, menghembus dari jauh, dan sebagainya. Lagi kreatif, maka
lagilah menarik.
Hal
ini sangat panjang untuk dihuraikan. Jadi saya berhenti di sini
sahaja kerana rasanya telah terjawab pun antara kaedah untuk mengenal
pasti yang sebenar berdasarkan dari segi yang betul-betul ada power
untuk MELANTUNKAN tadi. Jika cara lantunannya sebegitu, mungkin
benarlah tu. Cuma dari segi selaras atau tidak dengan agama Islam,
ada perbahasan yang lain pula kerana berbeza jenis-jenisnya.
Wallahua'alam.
Soalan
67
:
Salam ustaz. Adakah zikir-zikir yang boleh saya amalkan daripada
ustaz?
Jawpaan
: Waalaikumussalam. Saya mengamalkan Zikir Harian yang 1000 kali
sehari itu, iaitu Zikir Harian al-Ghazaliyah. Tuan bolehlah cuba
mengamalkannya.
Soalan
68 :
(Sembang-sembang
bahagian ini agak panjang,
lalu
sahaya ringkaskan guna ayat sendiri sahaja) Ada
seorang hamba Allah yang menolak vaksin
untuk Covid.
Katanya cukuplah dengan sunnah mengamalkan habbatus sauda. Baginya
kita kena yakin yang habbatus sauda itu dijadikan oleh Allah sebagai
penyembuh kepada segala masalah kesihatan tubuh
badan manusia.
Dalaman badan kita ini, rosaklah macam mana pun, insya-Allah akan
sembuh jika kita yakin dan istiqamah mengamalkan habbatus sauda.
Rasulullah
dah
kata habbatus sauda itu penyembuh segala
penyakit. Bahkan kalau kita terkena radioaktif nuklear sekali
pun,
tak mustahil boleh sembuh
dengan habbatus sauda.
Masalahnya, dia mungkin terpaksa divaksin atas arahan majikannya
(peraturan tempat kerjanya)
dan dia tidak mahu kerana dia beranggapan isi kandungan
vaksin itu akan mendatangkan
kemudaratan-kemudaratan
tertentu kepada tubuh badannya dari segi
kesihatan.
(Begitulah lebih kurang katanya
dan dia meminta komen sahaya)
Jawapan
: Pandangan
sahaya,
sangat baguslah
jika
dia
suka
mengamalkan
sunnah dan
yakin dengan sunnah. Dan sekiranya
dia
yakin dengan khasiat
habbatus sauda yang boleh menyembuhkan
tubuh badan kita sampai
ke tahap terkena radioaktif
nuklear
sekalipun,
maka sahaya
tak nampaklah
sebarang
masalah jika dia terpaksa
mengambil vaksin. Hal ini kerana sebelum dan
selepas mengambil vaksin, dia istiqamah sahajalah dengan habbatus
sauda. Kan
habbatus sauda itu pengubat
segala masalah tubuh badan? Jika
benar
pun vaksin itu menyebabkan
sesuatu kemudaratan
kepada tubuh
badannya, habbatus sauda yang boleh merawat
kesan radioaktif
nuklear tentu juga boleh merawat kesan-kesan
negatif
vaksin. Jadi,
tubuh badannya tetap
sebegitu
juga walau pun mengambil vaksin. Maka,
dia kenalah yakin dengan pegangannya sendiri.
Soalan
69 : Bolehkah kami menggantung tasbih di leher?
Jawapan
: Boleh. Bukan di leher sahaja. Dililit atau diikat di kepala,
digantung di telinga, dililit di tangan, disandang di bahu dan
ketiak, diselempangkan ke bahu dan badan, boleh belaka.
Soalan
70 :
Saya tertarik dengan penjelasan tuan kepada Xxxxxxxxx tentang pukulan
jarak jauh (* maksudnya soalan nombor 66)
jenis
hipnotik dan kebiasaan
refleks.
Cuma kemusykilan
saya... apakah amalan atau bacaan-bacaan yang mereka amalkan sebab
yang biasa saya lihat
mereka ada amalan-amalan bacaan tertentu...
dan apa kaitannya?
Kalau tak keberatan mohon penjelasannya.
Jawapan
:
Ruang lingkup
atau konteks persoalan tuan
terhad kepada pukulan
jarak jauh JENIS
HPNOTIK
dan
KEBIASAAN
REFLEKS
sahaja. Maka, hanya jenis itulah yang akan sahaya sentuh, bukan
jenis-jenis lain.
Sebenarnya
sebarang bacaan tidaklah banyak berkait dengan hal itu melainkan
sekadar
untuk
lebih MENGUATKAN
SARANAN
atau RANGSANGAN
MINDA (sama ada secara langsung
atau
secara tidak langsung)
kepada si penanti atau si penyerang.
Lagi kuat kuasa saranan dan
rangsangan, akan lebih menjadilah aktiviti tersebut.
Lebih
20 tahun yang lalu (pada zaman muda sahaya), ada kawan-kawan sahaya
yang belajar dan mengamalkan ilmu sebegitu. Mereka ada bermain-main
sesama mereka dan memang menjadi. Yang diserang tidak boleh dicapai
oleh para penyerang
dan
ada antara penyerang yang terpelanting ke sana -sini.
Kemudian mereka minta sahaya join (cuba serang). Waktu itu sahaya tak
ada ilmu dan betul-betul
percaya
macam ada satu power ghaib yang boleh menghalang dan melambungkan
orang. Jadi,
saya memang takut. Dalam
takut-takut itu, saya pun
gunakan
Pemutus Garis Laksamana lalu menumbuk salah seorang kawan sahaya yang
menanti. Kena! Saya
pun yakinlah yang Pemutus Garis Laksamana yang saya gunakan memang
menjadi.
Sampailah
beberapa tahun kemudian, sahaya belajar ilmu agama dengan ustaz yang
saya sebutkan dalam jawapan kepada Xxxxxxxxx sebelum ini. Sahaya pun
beritahulah kepada dia yang saya pernah tumbuk kawan sahaya yang amal
ilmu tersebut dan kena. Ustaz tanya
-
macam
mana saya buat? Saya pun katalah, saya guna Pemutus Garis Laksamana.
Ustaz pun tergelak mendengar jawapan sahaya.
Menurutnya,
bukan sebab Pemutus Garis Laksamana atau sebarang bacaan lain, tetapi
kerana saya tidak terhipnotis (dia sebut "pukau") seperti
kawan-kawan sahaya yang lain. Bagi orang-orang yang tidak dihipnotis
atau tidak
terhipnotis,
mereka tak baca apa-apa pun insya-Allah pukulan mereka akan kena.
Jika mereka nak baca apa-apa pun, boleh juga. Bacaan-bacaan itu
daripada agama mana pun boleh, termasuk
yang tak beragama pun.
(Pemagaran
diri dan pukulan jarak jauh JENIS
hipnotis dan kebiasaan refleks ini sudah lama ada di serata dunia. Di
China, Jepun, Rusia. India, Indochina, Nusantara, USA, Belanda,
dan lain-lain)
Sungguhpun
begitu, kata ustaz lagi, jika orang-orang yang dihipnotis atau
terhipnotis itu menggunakan Pemutus Garis Laksamana itu, memang
pukulan mereka boleh juga kena. Mengapa? Adakah
kerana hebatnya amalan Pemutus Garis
Laksamana? Jawab ustaz, bukan. Tetapi kerana Pemutus Garis Laksamana
itu boleh memutuskan hipnotis (saranan-saranan yang sudah berada
dalam minda bawah sedar si penyerang). Seolah-olah ada saranan baru
yang membatalkan saranan sedia ada. Itu
sahaja sebenarnya. Segala
gambaran tembok, pagar, kuasa ghaib, tak akan kena, tak boleh kena
dan lain-lain sudah tidak diterima sebagai saranan lagi oleh
penyerang lalu penyerang beranggapan tidak wujud tembok, pagar, kuasa
ghaib, dan pukulannya akan kena, boleh kena, dan sebagainya.
Ustaz
itu memang berani. Katanya dia sudah banyak kali test orang-orang
yang ada ilmu SEBAGAIMANA
YANG DI ATAS
dan penamparnya semua kena, tanpa membaca apa-apa pun. Tapi dia
tidaklah test masa pertunjukan. Dia ambil berat air muka orang lain.
Dia test pada masa yang lain selepas
pertunjukan.
Wallahua'lam.
Kesimpulannya,
bagi yang jenis hipnotis dan kebiasaan refleks, pendek kata
bacaan-bacaan itu tidaklah
berkaitan sangat melainkan untuk menguatkan saranan dan rangsangan sahaja.
Wallahua'lam.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
Siap dikumpul dan disiarkan pada 19 Februari 2021
*Selalu
ada yang bertanya kepada sahaya baik secara bersemuka atau melalui
media-media sosial. Ada banyak. Soal jawab ringkas ini sahaya kumpulkan
dan kongsikan. Banyak lagi soal jawab yang tak sempat saya kumpulkan.
Bahkan banyak yang tak sempat berjawab dan ada juga yang terlepas
pandang – tak berbaca pun. Mana-mana yang sempat saya petik sahajalah.
Semoga bermanfaat.
Soalan2 Ringkas dan Jawapan2 Ringkasanya (bil. 51-60)
https://alexanderwathern.blogspot.com/2021/02/soalan2-ringkas-dan-jawapan2-ringkasnya.html
Soalan2 Ringkas dan Jawapan2 Ringkasnya (bil. 41-50)
http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/01/soalan2-ringkas-dan-jawapan2-ringkasnya_17.html
Soalan2
Ringkas dan Jawapan2 Ringkasnya (bil. 31-40)
http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/01/soalan2-ringkas-dan-jawapan2-ringkasnya_5.html
Soalan2
Ringkas dan Jawapan2 Ringkasnya (bil. 21-30)
http://alexanderwathern.blogspot.com/2021/01/soalan2-ringkas-dan-jawapan2-ringkasnya.html
Soalan2
Ringkas dan Jawapan2 Ringkasnya (bil. 11-20)
http://alexanderwathern.blogspot.com/2020/12/soalan2-ringkas-dan-jawapan2.html
Soalan2
Ringkas dan Jawapan2 Ringkasnya (bil. 1-10)
http://alexanderwathern.blogspot.com/2020/12/10-soalan-ringkas-dan-jawapan-ringkasnya.html