Tuesday, December 29, 2020

Soalan2 Ringkas dan Jawapan2 Ringkasnya (no. 11-20)

SOALAN2 RINGKAS DAN JAWAPAN2 RINGKASNYA (no. 11-20)


Soalan 11 : Maaf Ustad..bersuhbah itu apa...hamba jahil.

Jawapan : Bersuhbah itu dari segi bahasanya bermaksud bersahabat. Dari segi tasawufnya lebih kurang bermaksud selalu berdampingan (dengan orang baik-baik) kerana Allah atas urusan agama untuk mendapatkan manfaat2.


Soalan 12 : Kalau saya nak belajar, ada ke pondok yang menekankan semua ilmu Tarekat Ghazaliyah?

Jawapan : Setakat yang kami tahu, di Nusantara ini ketika ini tidak ada pondok yang menekankan semua ilmu Tarekat Ghazaliyah. Wallahua’lam.


Soalan 13 : Assalamualaikum ustaz. Mohon pencerahan. Saya difahamkan dengan izin Allah yang ustaz sampaikan pena yang di alam malakut adalah qadim.

Jawapan : Waalaikumussalam. Pena yang di alam malakut tidak qadim.

Ilmu Allah pada azali yang mahu disampaikan (dipindahkan) melalui pena itu ke loh, ilmu Allah itu yang qadim.


Soalan 14 : Bolehkah mengamalkan lafaz zikir Tarekat Ghazaliyah tanpa bersanad? Apakah berbeza antara melakukan lafaz zikir Tarekat Ghazaliyah secara bersanad dan secara tidak bersanad

Jawapan : Wlksm. Dengan bersanad atau tidak, boleh sahaja diamalkan, insya-Allah. Cuma jika bersanad, hal itu merupakan sesuatu yang bernilai tambah terutamanya dari segi barakahnya. Wallahualam.


Soalan 15 : Salam ustaz. Betul ke daripada 73 orang Islam hari ini, 72 orang daripadanya sesat atau munafik?

Jawapan : Tidak betul. Kena bezakan perkataan golongan (kumpulan, aliran, pihak) dan jumlah orang. :

i) 72 golongan daripada 73 golongan, berbeza ertinya dengan

ii) 72 orang daripada 73 orang.


Soalan 16 : Ustaz tak minat tulis buku ke? Teringin nak baca buku ustaz.

Jawapan : Saya ada menulis 3 buku setakat ini. Cik/puan boleh melihat-lihat di page Facebook Khazanah. Di blog saya Debunga Teratai Syurgawi pun ada maklumatnya.


Soalan 17 : Saya nak belajar ilmu perubatan Islam dengan ustaz boleh tak?

Jawapan : Saya pernah aktif sekejap dulu perubatan Islam/Nabawi, sekitar tahun 2009-2011. Tetapi saya dah tinggalkan bidang itu untuk beri tumpuan kepada ilmu dan amal kesufian khususnya Tarekat Ghazaliyah. Saya dah banyak tinggalkan amalan2 perubatan dan banyak yang dah lupa pun, sebab tak sempat nak beramal. Sejak 2012 saya berhenti merawat, dah pencen jadi mualij.


Soalan 18 : Dalam banyak2 aktiviti keagamaan ustaz, mana yang ustaz paling suka? Berceramah ke? Mengubat orang ke? Menulis?

Jawapan : Rasanya saya paling suka aktiviti2 halaqah usrah (sekalipun tak dapat duit tapi asyik kena keluar duit). Sejak zaman muda lagi memang minat. Kalau aktiviti kendiri, saya paling suka bertafakur, membaca dan buat nota.


Percaya atau tidak, sebenarnya saya kurang minat mengajar (berkuliah, berceramah, berpengajian umum). Tapi kerana amanah guru dan permintaan sahabat2, buat jugalah sikit2. Dunia muallij memang sudah lama saya tinggalkan. Saya minat perubatan Islam tapi jodoh tak lama. Tak bersempatan nak mengadunnya pun. Menulis hal ehwal keagamaan khususnya tasawuf dan perbandingan agama di internet saya suka. Kita boleh menulis santai-santai. Menulis buku kurang minat, sebab ia lebih rasmi dan kurang sesuai bersantai-santai. Tapi kerana ada amanah dan tanggung jawab yang sampai, buat jugalah.


Buat masa ini rasanya begitulah lebih kurang. Pada masa-masa akan datang, Allah sahajalah yang Maha Tahu.


Soalan 19 : Ada orang kata ustaz ada pondok pengajian.

Jawapan : Tak ada tuan. Saya hanya buat kuliah maghrib dan dhuha (dan pernah juga subuh) sahaja di masjid dan surau.


Soalan 20 : Ustaz ada mengajar ilmu hakikat tak?

Jawapan : Saya ada mengajarkan ilmu hakikat. Tetapi saya tidak mengajarkan ilmu hakikat sahaja. Saya mengajarkan ilmu syariat DAN lmu hakikat. Kedua-duanya sekaligus. “Diseimbangkan” kedua-duanya (bukan bermakna sama berat).


*Selalu ada yang bertanya kepada sahaya baik secara bersemuka atau melalui media-media sosial. Ada banyak. Soal jawab ringkas ini sahaya kumpulkan dan kongsikan. Banyak lagi soal jawab yang tak sempat saya kumpulkan. Bahkan banyak yang tak sempat berjawab dan ada juga yang terlepas pandang – tak berbaca pun. Mana-mana yang sempat saya petik sahajalah. Semoga bermanfaat.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

29 Disember 2020

No comments: