Friday, February 26, 2021

Umur Raja-raja Sekitar Uyanis Buyuk Selcuklu

 

Berdasarkan siri Uyanis Buyuk Selcuklu, sebahagan daripada kita mungkin mendapat gambaran betapa seronoknya jadi pemerintah dan kaum kerabatnya. Hidup terjaga di dalam istana, makan sedap-sedap lagi berkhasiat, dekat dengan doktor-doktor istana, ada angkatan tentera yang besar, dan handal berperang ke sini sana. Tetapi sejarah menunjukkan kebanyakan tokoh yang digambarkan dalam siri itu dan yang sezaman di sekitarnya sebenarnya meningal dunia dalam usia yang masih muda.


Di bawah ini merupakan nama tokoh-tokoh dalam tersebut dan umur mereka sewaktu meninggal dunia menurut sejarah :


  1. Sultan Alp Arslan - 42 tahun

  2. Sultan Malik Shah I (anak Alp Arslan) - 37

  3. Barkyaruq (cucu Alp Arslan, anak Malik Shah I) - 25

  4. Muhammad 1 Tapar (cucu Alp Arslan, anak Malik Shah I) - 36

  5. Terken Hatun (menantu Alp Arslan, isteri Malik Shah I) - 39

  6. Tutush (anak Alp Arslan, adik Malik Shah I) - 30-an

  7. Mahmud I (cucu Alp Arslan, anak Terken Hatun) - mungkin belum sampai 10 tahun atau belasan tahun

  8. Kilij Arslan (pemerintah Anatolia, bekas tawanan Malik Shah I) - 28

  9. Mahmud II (cicit Alp Arslan, anak Muhammad I Tapar)- 26

  10. Khalifah Al-Muqtadi - 38

  11. Khalifah Al-Mustazhir (anak Khalifah Al-Muqatdi) - 40

  12. Khalifah Al-Mustarshid (anak Khalifah Al-Mustazhir) - 43

  13. Khalifah Ar-Rashid (anak Khalifah Al-Mustarshid) - 29


Itu kisah golongan di raja. Bagaimana dengan cendekiawan pula? Mari kita lihat beberapa orang tokoh sebagai contoh :


  1. Imam Al-Ghazali - 55

  2. Imam Ahmad Al-Ghazali - 65

  3. Umar Khayyam - 83

  4. Al-Hamadani - 79


Nampaknya cendekiawan2 ini lebih panjang usianya. Tokoh-tokoh lain :


  1. Perdana Menteri Nizam al-Mulk - 74

  2. Hasan Sabbah (mahaguru assassins/ hasyasyin, musuh ketat Nizam al-Mulk) - 74 (Panjang umur juga penjahat ini)

Dan yang panjang umurnya antara tokoh-tokoh pemerintah ialah watak penting dalam Uyanis Buyuk Selcuklu iaitu Sultan Ahmad Sanjar (cucu Alp Arslan, anak Malik Shah I, adik kepada Muhammad I Tapar) iaitu 70 tahun. Mungkin inilah salah satu faktor siri ini lebih menonjolkan beliau sebagai watak utama, kerana bolehlah dipanjangkan siri ini buat beberapa musim sebagaimana Dirilis Ertugrul. Wallahua'alam.


Sementara kita ada umur lagi ini, lebih-lebih lagi bagi yang sudah melebihi umur para pemerintah yang disebutkan tadi (40-an), tambahkan ilmu, tingkatkan iman dan lonjakkan ama-amal soleh. Tingkatkan ilmu tauhid, ilmu ma'rifah, ilmu mahabbah dan seterusnya sehingga ke akhiruddin.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

26 Februari 2021

No comments: