Enam tujuh tahun yang lalu ketika sahaya berusia awal 40-an, ada seorang hamba Allah yang seperti mempertikaikan sahaya. Menurutnya sahaya masih muda untuk menjadi guru tarekat. Dia menyangkakan yang sahaya baru berusia awal 30-an. Hal itu mungkin berdasarkan gambar-gambar dan video-video kuliah sahaya yang dia lihat.
Sahaya pun carilah maklumat tentang guru tarekatnya. Dengan izin Allah, jumpa juga dalam internet. Gurunya berserban besar, janggutnya agak banyak, penampilan macam syeikh-syeikh (dengan perhiasan-perhiasan ala ulama dan kesufian), pergerakannya (dibuat-buat) lambat-lambat, bergaya macam orang tua, bercakap pun bergaya orang-orang tua. Pada mulanya sahaya mengagak-agak usianya sekitar awal 40-an juga, tetapi rupa-rupanya belum berusia 30 tahun pun. Bahkan usia hamba Allah itu sendiri lebih tua daripada gurunya.
Selepas saya beritahu usia sahaya, dia pun senyap tidak menulis sebarang komen lagi. Mungkin dia tersilap membuat penilaian berdasarkan rupa, penampilan dan gaya. Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment