Wednesday, February 17, 2021

Penulisan Buku Tarekat Ghazaliyah ke-4 Bermula

 

Walaupun siri ke-3 buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah baru siap dan sedang dalam proses cetakan, namun pada waktu-waktu lapang, sambil-sambil, boring-boring... sahaya sudah mula menulis siri ke-4. Buat masa ini cadangnya buku ke-4 itu akan diberi tajuk "SYARIAT & HAKIKAT NUR". Isi kandungannya tentu sahaja pembentangan kami tentang ilmu-ilmu Tarekat Ghazaliyah daripada pengasasnya iaitu Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali. Buku ini juga mungkin akan dikenali sebagai Buku Cahaya Kuning.


Berikut merupakan perjalanan siri buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah setakat ini :


Buku 1 - PENGENALAN. Berisi pengenalan dan amalan-amalan asas kepada Tarekat Ghazaliyah. Dikenali juga sebagai Buku Cahaya Biru.


Buku 2 - LANJUTAN. Lanjutan kepada penerangan tentang Tarekat Ghazaliyah. Dikenali juga sebagai Buku Cahaya Hijau.


Buku 3 - PENCERAHAN. Mengandungi pencerahan dan jawapan tentang Tarekat Ghazaliyah. Dikenali juga sebagai Buku Cahaya Merah.


Buku 4 - SYARIAT & HAKIKAT NUR. Berisi ilmu-ilmu tentang syariat, hakikat, dan cahaya (nur) menurut Imam Al-Ghazali yang menjadi khazanah kepada Tarekat Ghazaliyah. Selain itu buku ini akan diisi dengan persoalan dan pencerahan terkini tentang Tarekat Ghazaliyah. Dikenali juga sebagai Buku Cahaya Kuning.


Buku 5? Belum tahu lagi. Mungkin pelajaran tentang 70,000 hijab, rahsia qalbu, ilmu laduni, alam langit tinggi, atau hal-hal lain, yang semuanya daripada Imam Al-Ghazali.


Pengenalan sudah, lanjutannya sudah, pencerahan dan jawapan pun sudah, maka selepas ini kita menuju kepada ilmu-ilmu dan amal-amal peringkat pertengahan pula dalam Tarekat Ghazaliyah. Kita mendaki mengikut anak tangga. Sesiapa yang rajin mutala'ah karya-karya Imam Al-Ghazali, pendek kata sudah bertemu dengan semua ini. Cuma mungkin tidak faham atau kurang faham kerana jalannya kurang kena. Kita guna jalan tuannya (Imam Al-Ghazali) sendiri, insya-Allah akan lebih mudah ditemui dan dimengerti. Mengapa begitu? Bolehlah rujuk sedutan pendek daripada pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin yang sahaya jalankan pada tahun 2017 di sini https://www.youtube.com/watch?v=qG-CXXitekk


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

17 Februari 2021


No comments: