Jika kita perhatikan, lebih kurang 120 tahun selepas Syeikh Abdus Samad al-Falimbani menyiapkan karya-karya yang berkaitan dengan Tarekat Ghazaliyah, Syeikh Muhammad bin Abdullah pula menyiapkan karya-karyanya yang berkaitan dengan Tarekat Ghazaliyah. Lebih kurang 120 tahun selepas itu, Abu Zulfiqar pula menyiapkan karya-karyanya yang berkaitan dengan Tarekat Ghazaliyah. Pendek kata, pada setiap kurun ke-13, ke-14 dan ke-15 Hijriyah, ada buah tangan daripada para pembawa Tarekat Ghazaliyah untuk orang-orang khususnya di Nusantara ini. Semoga berlanjutanlah hendaknya sehingga ke akhir usia dunia.
Untuk kurun ke-13 Hijriyah, isi kandungan karya-karya Syeikh Abdus Samad itu kelihatan lebih umum. Untuk kurun ke-14, isi kandungan karya Syeikh Muhammad sudah mulai khusus. Untuk kurun ke-15 ini pula, isi kandungannya karya Abu Zulfiqar adalah lebih khusus lagi. Sekiranya masih panjang lagi usia dunia ini, mungkinlah sekitar kurun ke-16 nanti akan keluar karya-karya tentang Tarekat Ghazaliyah ini daripada para pembawanya yang isi kandungannya sangat terperinci dan sangat ilmiah. Umumnya, setiap sesuatu itu bersesuaian dengan keadaan dan zamannya. Wallahua'lam.
Lanjutannya,,, insya-Allah dalam buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 3 (Pencerahan) yang bakal keluar.
No comments:
Post a Comment