Tuesday, February 23, 2021

Ada Persoalan atau Cadangan untuk Buku Akan Datang?

Sahaya sedang menulis buku kelima iaitu siri ke-4 buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah al-Ghazaliyyah. Siri ke-4 ini cadangnya akan diberi tajuk "SYARIAT & HAKIKAT NUR" (menurut Tarekat Ghazaliyah). Skopnya nanti cadangnya akan berlegar-legar sekitar "bahasa dalam" (gaya bahasa dan istilah-istilah yang digunakan oleh ahli-ahli sufi), syariat & hakikat, Nur Allah, syariat dan hakikat nur (cahaya), dan sambungan soal jawab tentang jalan Al-Ghazaliyah (Ghazaliya Sufi Order).


Walaupun sahaya cuba merangka dan menyusun isi kandungan buku ini sebaik mungkin, boleh jadi ada persoalan-persoalan yang sahaya tidak terfikirkan yang sebaiknya ada dalam buku ini. Oleh itu, kepada yang berminat untuk bertanya atau memberi cadangan, dipersilakan.


Langkah-langkahnya :

i. Baca dan renung-renung tajuk dan skop buku tersebut.

ii. Kemudian fikirkan tentang hal yang anda memang IKHLAS HATI untuk mengetahuinya (berdasarkan tajuk dan skop buku tersebut), atau persoalan yang SESUAI untuk dihidangkan dalam buku tersebut.

iii. Tuliskan persoalan atau cadangan anda di bawah posting ini (di blog Debunga Teratai Syurgawi, atau di page Facebook Abu Zulfiqar Al-Amsyari) atau pm di page Facebook Abu Zulfiqar Al-Amsyari.


Insya-Allah nanti sahaya dan pembantu2 sahaya akan kumpulkan semuanya di satu tempat. Kemudian sahaya akan pilih persoalan2 yang sesuai dan pertimbangkan cadangan2 yang sesuai untuk diambil tindakan. Mungkin tidak semua, tetapi insya-Alllah sebahagiannya.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

23 Februari 2021

No comments: