Imam al-Ghazali mewujudkan Tarekat Ghazaliyah ini untuk seluruh umat. Itulah sebabnya tarekat ini dapat diamalkankan walaupun tanpa melalui proses pengijazahan dan bai’ah. Sesiapa sahaja yang mendapat tahu akan amalan2 Tarekat Ghazaliyah ini, dan memahami amalan2 tersebut, boleh terus mengamalkannya. Ia sudah siap2 diniatkan sebagai diijazahkan kepada seluruh umat. Hal ini kerana Imam al-Ghazali memang bermaksud/ bermatlamat agar Tarekat Ghazaliyah ini boleh diamalkan oleh setiap anggota ummah asalkan mahu dan tahu cara2 mengamalkannya.
Proses pengijazahan dan bai’ah secara rasmi ini hanya perlu dilalui oleh individu atau orang-orang yang akan memikul tanggung jawab dalam tarekat ini. Misalnya, mereka yang akan menjadi wakil ijazah & bai’ah (biasa orang menyebutnya sebagai wakil talkin), atau yang bakal menjadi mu’allim, calon murabbi, calon mursyid, calon syaikh atau yang seumpama dengannya. Yang itu sahaja.
Namun, bagi mereka yang mahu juga melalui proses ijazah dan bai’at, hal itu sangatlah dialu2kan, amat disambut baik. Terutama bagi mereka yang sangat mementingkan soal ijazah, bai’ah, sanad, berkat (barokah) dll, biasanya mereka tetap mahu diijazahkan dan berbai’at secara rasmi meskipun hal itu tidak diwajibkan. Lalu, mereka tetap meminta agar acara ijazah dan bai’ah diadakan. Secara ringkasnya, ijazah dan bai’ah tidak wajib, tidak dimestikan. Tetapi sangat disambut baik jika ada yang mau.
Tarekat ini tidak bertujuan untuk membanyakkan anggota kerana tariqah ini diciptakan oleh Imam al-Ghazali untuk semua orang. Tarekat Ghazaliyah adalah untuk semua. Oleh itu, orang-orang dari tarekat lain pun boleh sahaja mengambil dan mengamalkan Tarekat Ghazaliyah ini. Orang-orang yang mengamalkan Tarekat Ghazaliyah ini juga boleh juga belajar tarekat lain. Ajaran Imam al-Ghazali, khususnya tariqah ini, tidak bertentangan dengan tarekat2 lain atau aliran2 kesufian lainnya.
Pada sesuatu zaman atau generasi, dalam tariqah ini sudah cukup sekiranya ada satu orang guru dan satu orang murid. Tujuannya adalah agar tariqah ini berlanjutan ke generasi berikutnya. Tetapi jika ada lebih dari satu murid, itu adalah lebih baik kerana kita juga khuatir sesuatu yang tidak terduga akan terjadi yang emenyebabkan tariqah ini akan terputus daripad rantaian sanadnya.
Oleh kerana itulah Tarekat Ghazaliyah ini tidak ramai orang2nya. Sudah menjadi budaya dalam Tarekat Ghazaliyah ini, kita tidak mengajak orang2 lain untuk bertarekat Ghazaliyah. Melainkan jika mereka yang mahu sendiri, mereka yang buka mulut sendiri - maka kita akan menyambutnya dengan sukacita. Matlamat Trekat Ghazaliyah bukan untuk meramaikan anggota, tetapi untuk menyebarkan ilmu2 dan amal2nya kepada seluruh umat.
- Petikan daripada Taklimat Awal Majlis Pengijazahan & Bai’ah Tarekat Ghazaliyah Secara Atas Talian 2026, 19 September oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari
No comments:
Post a Comment