Sepanjang syarahan kitab Misykat ini kita akan banyak menggunakan istilah NUR berbanding istilah CAHAYA. Mengapa agaknya? Kerana perkataan nur ini lebih tepat penggunaannya dan lebih tepat maksudnya.
Mengapa dalam kitab Misykat ini Imam al-Ghazali banyak menggunakan bahasa halus, atau bahasa kiasan, atau bahasa sastera, atau bahasa dalam, atau bahasa sufi?
Kerana dalam hal2 yang tinggi, hanya dengan bahasa halus sahaja yang dapat mencapai atau dapat mendekat kepada pemahamannya. Jika kita gunakan bahasa biasa, ia tidak dapat mendekat, dan boleh jadi akan menjauh atau tersalah pemahaman.
Ilmu tentang bahasa halus ni dulu sudah disyarahkan dalam pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin, masa tuan guru kita (Paklong Abu Zulfiqar) mensyarahkan Kitab Aqidah. Dan tok guru pun dah ulang beberapa kali dalam Pengajian2 Intensif Ilmu ‘Aqidah Imam al-Ghazali.
- Pengajian kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali) siri ke-2 oleh Dzul al-Ghazali
No comments:
Post a Comment