Sekurang2nya ada dua jenis penglihatan iaitu :
i) Penglihatan jenis pertama : penglihatan menggunakan mata luaran, atau mata zahir iaitu mata di kepala kita.
ii) Penglihatan jenis kedua : penglihatan menggunakan mata dalaman, atau mata batin iaitu mata yang di dalam diri kita.
Maksudnya, kita ini ada dua jenis mata.
Sekiranya hendak diperincikan lagi, mata batin itu boleh dipecahkan kepada dua jenis mata batin iaitu :
a) mata batin jenis yang pertama : namanya mata ‘aqal
b) mata batin jenis yang kedua : namanya mata qalbu (atau disebut juga sebagai mata hati)
Mata ‘aqal ini adalah lebih hebat lagi daripada mata kepala. Dan mata qalbu pula adalah lebih hebat lagi daripada mata ‘aqal. Namun, untuk memendekkan cerita, biasanya mata ‘aqal dan mata qalbu ini disekalikan sahaja. Ia disebut sebagai MATA BATIN.
Jadi, mata yang paling bawah kualiti dia ialah mata kepala. Mata yang peringkat pertengahan ialah mata ‘aqal. Dan mata peringkat yang lebih tinggi ialah mata qalbu.
- Petikan kuliah kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali) episod 3 oleh Dzul al-Ghazali
No comments:
Post a Comment