Pertanyaan2 yang kita akan cuba berikan jawapannya dalam kuliah malam ini (ada lIve streaming juga di channel tigi ILMU2 IMAM AL-GHAZALI):
1. Bolehkah kita belajar dan beramal tanpa sanad?
2. Mengapa Imam al-Ghazali tidak terus membawa Tarekat Taifuriyah yang disampaikan oleh Syaikh Al-Farmadi?
3. Mengapa dalam kalangan murid2 Syaikh Al-Farmadi, nama Imam al-Ghazali yang paling banyak disebut2?
4. Mengapa ada syaikh2 (guru2 utama) dalam Tarekat Ghazaliyah yang kemudiannya mengasaskan tarekat2 baru?
5. Apakah hubungan antara Tarekat Ghazaliyah dengan kemudiannya Tarekat ‘Alwiyah?
Dan sekiranya sempat ada 2-3 persoalan lagi. Insya-Allah.
Dalam kuliah khas Sanad2 Tariqah Ghazaliyah yang terakhir yakni yang ke-3, kita sudah berikan jawapan kepada beberapa pertanyaan yang datang sebelumnya seperti :
i) Benarkah kitab Minhajul Muta’allim itu karangan Imam al-Ghazali?
ii) Bilakah Tarekat Ghazaliyah, Junaidiyah, Syaziliyah, Ahmadiyah Idrisiyah dll didirikan sebagai sebuah tarekat yang berdiri sendiri?
iii) Tentang sanad TG melalui jalan Saiyidina Abu Bakar atau kemudiannya dikatakan menjadi jalan Syaikh Al-Farmadi. Sanad ini terputus pada tiga tempat yakni mungkin hilang 6 ke 8 orang. Salah satu tempat itu melibatkan Al-Qasim (cucu Saiyidina Abu Bakar). Benarkah Al-Qasim ada mengambil tarekat daripada bapanya iaitu Muhammad bin Saiyidina Abu Bakar?
Insya-Allah malam ini Ahad 6/9 bermula jam 9.30 malam. Sebaik2nya anda sudah mengikuti rakaman ketiga2 kuliah khas sebelum ini supaya tidak tersalah pemahaman.
Sanad2 Tarekat Ghazaliyah (siri 1)
https://youtu.be/eJR-qJKG5WU?si=mnUmVC3wiBr10B8I
Sanad2 Tarekat Ghazaliyah (siri 2)
https://youtu.be/VW-fiWxRUlA?si=h0C3ollJmWakHAYH
Sanad2 Tarekat Ghazaliyah (siri 3 - akhir)
https://youtu.be/cofvaJ39j8k?si=lDk-HqbqbMfkTtJk
No comments:
Post a Comment