Thursday, September 10, 2026

Dalam Bertasawuf, Tindakan Sangat Penting

 

Yang paling penting dalam apa jua bidang pelajaran pun adalah tindakan. Tindakan ini ertinya berlakunya pergerakan2 atau perubahan2 walaupun kecil. Tanpa tindakan dan perubahan, pendek kata sia2lah ilmu dan pelajaran. Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu tasawuf ini bukanlah ilmu yang duduk berlazat2 setempat, tetapi juga ilmu yang kena bangun berlazat2 membuat.

 

Jadi, antara tindakan2 yang bagus ialah :

1. Kita mohonlah doa kepada Allah selalu, mohon semoga semua program dan pengajian2 kita dapat berjalan dengan lancar dan mendapat kejayaan.

2. Kita berazam dan berusahalah dengan gigih untuk mengkhatamkan pelajaran kitab Misykaatul Anwaar, Kitab Keajaiban Qalbu, Kitab Latihan Qalbu, dan kitab Risalah al-Laduniyah. Carilah guru dan belajarlah. Dah belajar, beramallah.

3. Salah satu daripada sifat Rasulullah ialah tabligh, iaitu baginda bersifat menyampaikan. Kita sebagai orang yang mengaku mencintainya, kita contohilah baginda. Maka kita sampaikanlah walaupun sedikit kepada saudara2 kita yang lain yang tidak berada bersama2 dengan kita di sini, lebih2 lagi kepada orang2 yang kita sayangi.

Begitulah… antara tindakan2… yang sangat bagus untuk kita ambil.

 

Sebagai kesimpulannya, pelajaran dan tindakan berkaitan nur ini amat menarik, bahkan amat penting kerana ia dapat membuka hijab demi hijab antara kita dan Allah. Insya-Allah, banyak hijab2 akan terangkat lalu menipiskan keseluruhan hijab2 itu.

 

Semoga… pengajian kitab Misykatul Anwar kita ini dapat berterusan dan berjalan dengan lancar. Dan semoga kita termasuk ke dalam golongan orang2 yang mendapat nur Allah, bahkan mendapat limpahan nur Allah.

 

Pengajian kitab Misykatul Anwar (Imam al-Ghazali) siri ke-2 oleh Dzul al-Ghazali

No comments: