Mengapakah akhir2 ini hanya satu kali sahaja dalam setahun dilangsungkan majlis pengijazahan dan bai’ah TG?
Kerana itu memang pesan atau amanat daripada arwah mursyid saya iaitu Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali. Dulu pada tahun 1999, TGMS berkata kepada saya, lebih kurang katanya: “Pada suatu hari nanti, ada satu orang yang akan datang dan bertanya (ertinya untuk belajar Tarekat Ghazaliyah). Pada saat itulah baru kamu menyampaikan Tarekat Ghazaliyah ini.” Jadi, saya tidak mengajarkan Tarekat Ghazaliyah ini kepada sesiapa jua pun kecuali kepada keluarga saya iaitu isteri dan anak-anak.
Pada tahun 2012, dengan ketentutan Allah SWT, ternyata memang ada satu orang hamba Allah yang bertanya kepada saya cara untuk jadi pengamal Tarekat Ghazaliyah. Maksudnya baru ketika itulah sampai as-sa’ahnya, baru saat itulah waktunya bagi saya untuk mulai menyampaikan Tarekat Ghazaliyah.
Hanya selepas 13 tahun, baru datang ketikanya. Saya pernah terfiikir…. seandainya saya meninggal dunia atau kehilangan akal sihat (hilang akal, koma, hilng kewarasan dsb) dalam tempoh waktu 13 tahun itu, maka Tarekat Ghazaliyah ini akan terputus ada. Tetapi guru saya itu menyampaikan amanatnya itu dengan nada yang selamba aja, tiada kekhuatiran, seolah2 dia tahu bahawa hari itu pasti akan tiba. Mungkin dia sudah mendapatkan alamat2 atau gerak2 tertentu daripada Allah ‘Azza wa Jalla. Wallahua’lam.
Selain pesan yang itu, ada pesan yang lainnya juga - Jika pengijazahan dan bai'ah Tarekat Ghazaliyah sudah dibuka nanti, maka pada setiap tahunnya hendaklah dibuka sekitar 40 kali pertemuan. Ertinya menerima kunjungan, atau menerima tamu untuk urusan2 berkaitan Tarekat Ghazaliyah. Maka bagi orang yang dapat tahu tentang Tarekat Ghazaliyah lalu ingin mengambilnya, pada setiap tahunnya akan ada 40 kali peluang pertemuan, termasukklah pertemuan untuk hal-hal lain seperti ziarah/ kunjungan, bertukar2 fikiran, dsd. Dan pertemuan 40 kali setiap tahunnya itu hendaklah dilanjutkan selama 10 tahun.
Namun, setelah tamat tempoh 10 tahun itu, hanya boleh dibuka satu kali sahaja dalam satu tahun untuk kunjungan, melainkan ada urusan2 yang benar-benar perlu atau kita sebut sebagai darurah.
Jadi pada setiap tahunnya, kami bersedia menerima tamu kurang lebih 40 hari/kali. Kebetulan pada waktu itu saya sedang mensyarahkan kitab Ihya' ‘Ulumuddin. Kajian atau pengajian kitab Ihya' ini diadakan satu kali satu minggu. Maksudnya dalam satu tahun, setelah ditolak bulan Ramadhan, hari cuti, dan hari-hari yang saya punya urusan atau aktiviti lainnya, kena ada lebih kurang ada 40 kali dibuka kunjungannya. Maka pada setiap kali majlis pengajian kitab Ihya’, kita buka kunjungannya. Itu belum termasuk kunjungan yang kita buka pada hari2 cuti.
Dari tahun 2012 sampai ke tahun 2021, sepatutnya ada 400 kali dibuka kunjungan. Namun, pada tahun 2020 dan 2021 itu, terjadi beberapa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) atau lockdown kerana wabak. Jadi, pada tahun2 berkenaan, kita tidak dapat membuka sampai 40 kali pertemuan.
Lalu kemudiannya, berdasarkan ijtihad saya sendiri, kami memperpanjangkan tempoh tersebut. Ideanya adalah untuk tetap mengadakan beberapa pertemuan setiap tahun hinggalah tahun 2024. Barulah cukup lebih kurang 400 kali dibuka kunjungann. Hanya mulai tahun 2025, barulah ditetapkan satu kunjungan sahaja dalam setahun.
Untuk tahun 2026 ini, kita sudah membuka kunjungannya iaitu majlis pengijazahan dan bai’h beberapa bulan yang lalu. Sepatutnya tahun akan datang barulah akan dilangsungkan majlis yang seterusnya. Tetapi mengingatkan orang-orang dari jauh, yang punya kesulitan2 untuk hadir secara berhadapan muka, maka kami di sini merancang untuk mengadakan atau melangsungkan satu majlis pengijazahan dan bai’ah secara maya sahaja.
- Petikan daripada Taklimat Awal Majlis Pengijazahan & Bai’ah Tarekat Ghazaliyah Secara Atas Talian 2026, 19 September oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari
No comments:
Post a Comment