Thursday, September 3, 2026

Kesimpulan Kuliah Sanad Kali Pertama

 

Antara perkara yang sudah kita sentuh dalam kuliah sanad yang pertama :

i)                    Tentang latar belakang kuliah khas sanad Tariqah Ghazaliyah ini. Bagaimana boleh terhasilnya kuliah kita ini?

ii)                  Sejarah saya mendapat sanad Tariqah Ghazaliyah pada tahun 1997 , hampir 30 tahun yang lalu.

iii)                Sentuh sedikit tentang sanad tarekat, sanad hadith & sanad kitab.

iv)                Sanad Tariqah Ghazaliyah ini melalui 4 orang sahabat paling utama iaitu 4 orang khulafa’ ar-rasyidin. Namun sanad perdana/utama Tariqah Ghazaliyah adalah melalui Huzaifah bin al-Yaman. Dan ada satu sanad secara keruhanian. Maka semuanya ada 6 sanad.

v)                  Mengapa sanad Huzaifah bin al-Yaman jadi yang utama? Apa kelebihan2 Huzaifah? Apa yang Imam al-Ghaali cerita tentang Huzaifah dalam kitab induknya Ihya’ ‘Ulumuddin?

vi)                Tentang R4S (Rasululah SAW, 4 sahabat paling utama & sahabat2 utama yang lain). Apa yang Imam al-Ghazali masukkan dalam sukatan pelajaran aqidah yang disusunnya?

vii)               Apa isi kandungan sanad Tariqah Ghazaliyah? Ada 4 sekawan llmu yang turun melalui sanad TG ini – ilmu al-iman, ilmu al-ihsan, ilmu as-sa’ah & ilmu alam al-Imam al-Ghazali.

viii)             Tentang 4 fardhu ad-diin atau 4 tungku agama.

ix)                 Tentang sanad utama dan sanad keruhanian Tariqah Ghazaliyah.

x)                  Tokoh2 yang membawa TG ke Nusantara pada zaman Tariqah Ghazaliyah belum dizahirkan dan pada zaman sesudah dizahirkan.

 

Jika kita perhatikan, dalam sanad utama Tariqah Ghazaliyah ini, kita boleh nampak betapa banyak ulama2 hadith (sekiranya tuan2 kenallah nama2 besar di dalam tu). Sebab itu jugalah dalam tariq ini kita sangat mementingkan penggunaaan hadith dan darjat2nya, serta kesesuaian penggunaannya. Dan dalam Tariqah Ghazaliyah memang ada pengajian asas ilmu hadith sebagai salah satu isi sukatan pelajarannya.

 

@@@@@@@@@@

 

Kata simpulnya pendek sahaja : “Sanad amat penting. Pentingkanlah sanad”. Selesai. Itu simpul pendeknya. Baik dalam ilmu agama secara keseluruhannya, dalam ilmu hadith, dalam ilmu2 keruhanian, berkaitan kitab2, berkaitan tarekat dsb – pentingkan sanad. Jika kita hendak mencari guru dan hendak menuntut sebarang ilmu agama lebih2 lagi ilmu yang dalam2, tinggi2, khusus2, usaha gigihlah sedapat2nya atau seboleh2nya cari yang sanad zahirnya muttasil.

 

 

 

-          Petikan daripada kuliah khas Sanad2 Tariqah Ghazaliyah siri 2

No comments: