Pertanyaan : Benarkah kitab Minhajul Muta’allim itu karangan Imam al-Ghazali? (Sebab nak dipastikan juga adakah kitab itu sanadnya sampai kepada IG)
Jawapannya : Kitab Minhajul Muta’allim bukan karangan Imam al-Ghazali. Termasuk jugalah kitab2 lain yang menggunakan nama Minhaj dan sering dikaitkan dengan Imam al-Ghazali seperti Minhajul ‘Abidin (ini yang paling popular tapi bukan karangan Imam al-Ghazali), Minhajul ‘Ariffin, Minhajul Qasidin, dan Minhajur Rasyad.
Banyak yakni lebih daripada 400 kitab yang dikatakan karangan Imam al-Ghazali tetapi lebih daripada 300 kitab itu bukan karangan dia. Karangan yang betul2 tulisan Ima Ghazali ada dalam 70-80 kitab sahaja. Ima al-Ghazali pernah menulis surat kepada Sultan Seljuk iaitu Sultan Ahmad Sanjar. Sultan Ahmad Sanjar ni murid kepada Imam al-Ghazali dan bertarekat Ghazaliyah. Abang dia iaitu Sultan Muhammad Tapar pun murid Imam al-Ghazali dan bertarekat Ghazaliyah. Bapa mereka Sultan Malik Shah memang murid Imam al-Ghazali tapi tidak bertarekat Ghazaliyah kerana Tarekat Ghazaliyah diasaskan selepas kematiannya.
Imam al-Ghazali ada menulis surat kepada Sultan Ahmad Sanjar. Dalam salah satu surat tu Imam al-Ghazali kata karya2 dia ada lebih 70. Surat ini ditulis dah di hujung2 usia Imam al-Ghazali. Jadi, kalau ada tambahan pun mungkin beberapa buah kitab sahaja lagi. Maka keseluruhan karya Imam al-Ghazali ada anatara 70-80 sahaja. Yang selebihnya tu bukan. Sampaikan ada kitab mistik yang banyak rajah2 dan wafak2 tu pun ramai orang percaya itu karangan Imam al-Ghazali. Padahal Imam al-Ghazali ni umumnya memang anti dengan rajah2 tu.
Orang dalam tariq Imam al-Ghazali ni seumpama keluarga dia. Banyak hal yang orang luar tak tahu tapi ahli tariq tahu. Kita ambil satu contoh – hal2 yang berlaku sepanjang uzlah Imam al-Ghazali selama 11 tahun itu, orang tak banyak tahu walau seulama mana pun orang tu. Tapi ahli2 dalam tariq beliau ini… tahu banyak benda yang orang luar tak tahu atau yang orang luar sedikit tahu.
Petikan Kuliah khas Sanad2 Tarekat Ghazaliyah siri ke-3 (akhir)
No comments:
Post a Comment