Saturday, August 31, 2024

Allah Lorongkan Kita kepada 4 Tungku Agama

 

Apabila Allah memanggil kita, menggerakkan kita atau melorongkan kita kepada sesuatu yang istimewa – sudah tentu ada maksudnya, hikmahnya dan sirrnya. Padahal kita ini bukanlah sesiapa. Pada fikiran kita yang serba lemah ini, kita tidak layak pun untuk dipilih. Banyak lagi orang2 lain yang kita pandang sebagai lebih layak berbanding diri kita. Namun kita sedar, bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Pada hakikatnya, kita langsung tiada kuasa dan tiada ilmu.


Umumnya, apabila Allah temukan kita dengan ilmu tungku al-iman, ertinya Dia mahu menyelamatkan kita dalam perkara yang paling penting dalam hidup kita iaitu ‘aqidah tauhid. Dia mahu membetulkan pengabdian dan sembahan kita. Dia mahu menepatkan Ilah kita. Padahal kita ini asalnya bukannya orang yang kuat agama pun. Cuma, sama ada kita mahu menyambut atau tidak lorongan Allah ini.


Umumnya, apabila Allah jumpakan kita dengan ilmu tungku al-ihsan, ertinya Dia hendak merezekikan kepada kita ilmu dan amal tasawuf, serta hendak mengangkat maqam kita di sisi-Nya. Padahal kita ini pendosa. Banyak lagi orang yang lebih baik daripada kita sejak dulu lagi. Kita ini baru sahaja belajar2 hendak jadi baik. Cuma, sama ada kita mahu menyambut atau tidak lorongan Allah ini.


Umumnya, apabila Allah jodohkan kita dengan ilmu tungku as-sa’ah, ertinya Dia hendak menyelesaikan kesemua 4 fardhu2 kita, hendak membekalkan kita dengan panduan2, hendak menyelamatkan kita, dan hendak jadikan kita berjiwa pejuang. Padahal kita ini orang kecil/ kerdil lagi kurang ilmu dan amal. Banyak lagi orang yang hebat2 yang sepatutnya dijodohkan. Cuma, sama ada kita mahu menyambut atau tidak lorongan Allah ini.


- Petikan usrah 17/8/24

Amalan Asas Tarekat Ghazaliyah dan Lanjutannya

 

Jalan Ghazaliyah ini pun hanya 3 amalannya – zikir harian, wirid harian, lepas tu kitab Ihya. Jadi, beramallah ketiga-tiga ini terus-menerus. Jika kita tidak sedang ada kerja, tidak ada komitmen lain, saya yakin memang sehari jika 1 kitab dibaca khatam (dalam kitab induk Ihya’ Ulumuddin ada 40 kitab semuanya), tak mustahil pun. Habis lama pun 4 jam sahaja untuk satu kitab.”


Pencerahannya :

Amalan asasnya sangat mudah :

i) SEBUT Zikir Harian setiap hari

ii) SEBUT Bacaan 10 setiap hari

iii) duduk BELAJAR kitab Ihya’ ‘Ulumuddin


Kita BUAT 3 perbuatan ini, selesailah amalan asasnya (bukan lanjutannya). Kita cuma perlu sebut, duduk dan dengar sahaja.

(Lanjutannya ialah naik ke peringkat tahu, kemudian faham, kemudian sedar, kemudian hayati atau alami dan seterusnya).


Kitab Ihya’ ‘Ulumuddin bukan dibuat untuk pengamal Tarekat Ghazaliyah sahaja, tetapi untuk seluruh umat Islam. Jadi, keseluruhan isi kandungan kitab itu umumnya adalah untuk semua orang. Daripada keseluruhan itu, ditarik bahagian2 tertentu untuk pengkhususan pula, iaitu untuk Tarekat Ghazaliyah. Ini juga ilmu selok-belok Tarekat Ghazaliyah.


Maka apabila kita belajar kitab Ihya’, di dalamnya ada ribuan amalan.

Daripada ribuan amalan itu, ada 1001 amalan untuk Tarekat Ghazaliyah.

(Nombor2 ini sekadar contoh sahaja, bukan betul2)


Maka, amalan seseorang pengamal Tarekat Ghazaliyah itu ialah :

1 (zikir harian) + 1 (bacaan 10) + 1001 amalan dalam Ihya yang khusus untuk pengamal Tarekat Ghazaliyah.

Maka ada 1003 amalan seseorang pengamal Tarekat Ghazaliyah.


Satu contoh : Tilawah Al-Quran (dan memahaminya) untuk seluruh umat Islam adalah 1 kali khatam dalam sebulan. Umumnya untuk pengamal Tarekat Ghazaliyah pula dianjurkan 1 kali khatam dalam seminggu (beserta pemahaman) atau 2 kali khatam. Maksudnya sehari dalam 4-7 juzuk (beserta pemahaman atau tadabbur, bukan baca kosong).


Itu baru amalan tilawah sahaja. Ada banyak lagi amalan untuk 7 bahagian siang dan 5 bahagian malam, amar ma’ruf nahi munkar, solat2 sunat, doa, muhasabah harian, muraqabah dan pelbagai lagi.


Jadi, jika sekadar hendak berhenti pada 3 amalan asas tadi, TIDAK SALAH. Boleh. Memang ada dalam manhaj Tarekat Ghazaliyah.


30/8/24


Bagaimana Beramal Semata2 kerana Allah?

 

Melaksanakan amal2 sangatlah mustahak tetapi menghadirkan qalbu (ingat akan Allah) ketika beramal itu lebih mustahak.”


Pertanyaan : Adakah ini yang dimaksudkan dengan beramal hanya semata kerana Allah?


Jawapan nya : Maksudnya ... kita buat amal ibadah biarlah dalam keadaan kita sedang ada ingat akan Allah. Elakkanlah beramal dalam keadaan kita sedang tidak ada ingat akan Allah.

Contohnya – buat solat asar (walaupun hati sedang ingat ke lain) itu penting (yakni tetap wajib dibuat), tapi buat solat asar dalam keadaan hati sedang ada ingat kepada Allah itu adalah lebih penting.


Contoh beramal semata2 kerana Allah pula – seseorang itu mengerjakan solat asar bukan kerana ada berasa terpaksa, atau dipaksa, atau kerana takut terkena murka dan dapat dosa, atau kerana mahukan pahala dan syurga, tapi betul2 kerana Allah sahaja.


30/8/24

Bila Haul Ulama2 Tarekat Ghazaliyah?

 

Majlis haul raja2 bertarekat Ghazaliyah sudah selesai dengan selamatnya. Bila pula majis haul Imam al-Ghazali dan ulama2 bertarekat Ghazaliyah akan diadakan? Insya-Allah pada tahun hadapan.


31/8/24

Monday, August 26, 2024

SJ - Apa perlu Dibuat pada Zaman Ini?

 

Pertanyaan Zxxxxxx Axxxxxxx : Lain macam ustaz zaman akhir ni..

orang orang berilmu bertelagah dalam media sosial dengan fahaman masing masing pada bidang yang tak sampai oleh orang awam…

orang awam jadi berpecah-belah saling mengeluarkan kata kata cerca yang menyedihkan..

pemimpin mengesampingkan kepentingan agama demi perpaduan konon..

musuh Islam menyerang dan mengambil kesempatan dari luar.

Apa yang perlu di buat ustaz..?

Adakah ini tanda kita semakin kecil dan lemah… atau sedang proses membina kekuatan?

Merenung kepada keadaan semasa… permainan ini sungguh mengelirukan bagi orang yang lemah akal dan jiwa.


Jawapannya : Ada 4 tungku ad-diin (4 fardhu agama, 4 tiang ad-diin, 4 pasak agama, 4 pagar ad-diin) sebagaimana yang dinyatakan secara bertuturan tanpa terpisah alam hadith Jibril yang masyhur itu.


Tungku agama 1 – Ilmu dan amal AL-IMAN (‘aqidah, tauhid wilayah ‘aqal, ilmu kalam dsb).

Tungku agama 2 – Ilmu dan amal AL-ISLAM (fiqh, usul fiqh dsb)

Tungku agama 3 – Ilmu dan amal AL-IHSAN (tasawuf, sufi, tariqah dsb)

Tungku agama 4 – Ilmu dan amal AL-SA’AH (umumnya berkaitan hal2 yang disentuh dalam persoalan yang dikemukakan)


Maka jawapan kepada pertanyaan : “Apa yang perlu dibuat ustaz?”......


Apabila kita hendak menyelesaikan hal ehwal al-islam, al-iman atau al-ihsan, mahu tak mahu kita kenalah : i) cari guru ii) berguru iii) belajar iv) amalkan pelajaran2 itu.

Kita tidak boleh ambil ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu kita terus huraikan begitu sahaja. Apatah lagi jika kita kongsikan pula pemahaman dan huraian kita itu kepada orang lain. Setiap ilmu itu ada ahli2nya, sanadnya, kaedah2nya, disiplin2nya.


Samalah halnya dengan as-sa’ah. Kita kena lalui proses yang sama iaitu : i) cari guru ii) berguru iii) belajar iv) amalkan pelajaran2 itu.

Kita tidak boleh ambil ayat2 Al-Quran atau hadith2 lalu kita terus huraikan begitu sahaja. Apatah lagi jika kita kongsikan pula pemahaman dan huraian kita itu kepada orang lain. Setiap ilmu itu ada ahli2nya, sanadnya, kaedah2nya, disiplin2nya.


Maka jawapannya – Pelajarilah ilmu as-sa’ah.


25/8/24

Perkongsian Pak Long Abu al-Ghazali 4S4

 

Antara petikan perkongsian oleh Pak Long Abu al-Ghazali dalam Pengajian 4S :


1. Apa untungnya bermukasyafah?

- Ertinya sedang berzikrullah (ingat Allah). Itu kan sangat bagus?

- Insya-Allah dapat pahala.

- Dapat kasih sayang Allah dan seterusnya cinta Allah.

- Dapat mencapai maqam rukun al-ihsan yang lebih tinggi.

- Dapat semuqarrabin mungkin dengan Allah di akhirat kelak.

- Lebih sukar untuk ditewaskan oleh syaitan.

- Jadi lebih berani.

- Akan lebih tenang, tenteram, lapang dsb.


2. Biasanya hal2 yang disampaikan adalah hal2 yang penting dan memang berguna untuk tindakan kita sekarang atau dalam tempoh terdekat.


3. Bagaimana mahu sampai ke peringkat mencintai dakwah (dalam 8 Bangsa Kecintaan)?

Kenalah ke peringkat menyukai dakwah terlebih dahulu.

Untuk menyukai dan mencintai dakwah, kenalah tahu keuntungan2 apabila berdakwah. Barulah rasa manisnya berdakwah.


Antara keuntungan2 berdakwah :

i) kita mencontohi sunnah R4’S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama dan sahabat2 utama yang lain – semuanya pendakwah). Dan merekalah orang2 yang paling ma’rifah, paling mukasyafah, paling muqarrabin dsb.

ii) dapat pahala dan yang lebih penting adalah kasih sayang dan cinta Allah.

iii) mencontohi tariq rasul2 dan nabi2 yang semuanya pendakwah.

iv) disebabkan ada orang berdakwahlah maka kita hari ini mendapat segala ilmu dan amal ini, hasil daripada dakwah mereka.

v) dapat mengalahkan syaitan. Kerana Iblis dan syaitan sangat benci kepada orang2 yang menyampaikan. Tapi mereka sangat suka kepada orang2 yang mendiamkan. Maka kita ranapkan kesukaan mereka itu.

vi) dakwah sebenarnya banyak mengingatkan dan menegur diri sendiri.

vii) kerana kebenaran tersebar melalui dahwah. Jika kita berdiam atau lemah dalam dakwah, maka kebatilanlah yang akan banyak tersebar. Fitnah dan jenayah sangat meriah bukan kerana ghairahnya orang2 jahat, tetapi juga kerana berdiamnya orang2 baik.

Jika kita selalu mengulang2 mengenang keuntungan2 berdakwah ini, insya-Allah akan datanglah rasa kecintaan terhadap dakwah. Matlamat kita tidak sekadar mahu berdakwah, tapi sampai ke peringkat suka berdakwah, dan naik lagi ke peringkat cinta akan dakwah. Jika tidak sampai ke level cinta? Tak mengapa. Namanya pun matlamat.


Firman Allah SWT : “Siapakah yang lebih bagus lagi kata2nya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri beramal soleh? (Al-Fussilat : 33)

Fahamilah ayat ini baik2.


Dakwah tidak semestinya dengan kata2. Boleh juga melalui penulisan, teknologi, perbuatan, percontohan dan isyarat.


4. Pakaian penyampai ilmu. Slogannya – Adab & Akhlak Mendahului Ilmu. Benar & Kukuh Menundukkan Ragu. 4 perkara itu ialah adab, akhlak, benar dan kukuh.


Sebahagian orang mendahulukan ilmu, mengutamakan ilmu, lebih mementingkan ilmu berbanding adab dan akhlak. Sebab itulah kita lihat banyak juga orang yang ada ilmu tapi tidak beradab dan tidak berakhlak, atau lemah adab dan lemah akhlak. Padahal dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin, Imam al-Ghazali menyatakan bahawa matlamat terawal dalam belajar aalah berlakunya perubahan akhlak, bukannya mengetahui hal yang tinggi2.


5. Hal2 lain - Pemurnian latihan praktikal, kepentingan menjaga masa, ilmu as-sa’ah : pemahaman yang salah tentang zikrullah sebagai makanan pada zaman ketiadaan makanan, bekalan2 dalam Lafaz Zikir Harian dan Bacaan 10 Harian Tariqah Ghazaliyah, lambakan masalah emosi, dan sebagainya.


6. Umumya - Kemenyan walaupun sebesar lutut, jiak tidka dinyalakan, tidak akan tersebar (bermanfaat) baunya termasuklah kepada pemiliknya sendiri. Minyak wangi walau setitik berharga RM1000 pun, jika tidak dikenakan, tidaklah akan bermanfaat baunya termasuklah kepada pemiliknya sendiri.


7. Apabila Allah menggerakkan kita, melorongkan kita, menjodohkan kita dengan ilmu al-iman, al-ihsan dan as-sa’ah, umum kata, tentu ada maksud yang sangat penting. Cuma sama ada kita mahu menyambutnya ata tidak.


8. Sedikit tentang mimpi langit terbelah dan satu lagi mimpi langit bertukar jadi warna perak.


9. Pengamal kitab Ihya’ ‘Ulumuddin hendaklah bermatlamat agar pada suatu hari nanti akan istiqamah melakukan tilawah dan tadabbur Al-Quran sekurang2nya satu juzuk sehari.


10. Tentang wakil ijazah, mu’allim, mursyid dan syeikh dalam tariqah.

 

4S4


Risalah Burung 3 oleh Abu Rayyan

 

Antara yang disentuh oleh Tuan Abu Rayyan al-Ghazali dalam syarahan Risalah Ath-Thayr (Risalah Burung) karya Al-Ghazali kali ke-3 :

1. Nama Imam al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. Nama adiknya ialah Ahmad bin Muhammad bin Muhammad.

2. Hebat ayah mereka kerana dia “mewakafkan” anak2nya untuk umat.

3. Orang yang “mandul” itu ada anak tetapi anaknya tidak membawa manfaat kepadanya selepas dia mati.

4. “Burung” membawa maksud jiwa.

5. Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi SAW bersabda: "Akan masuk syurga suatu kaum yang hati mereka seumpama hati burung." (Muslim)

6. Daripada Umar bin al-Khattab ra, Nabi saw bersabda : “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal kepada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung itu (gigih berusaha sepanjang hari siang dengan) pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang (lalu beristirahat pula pada separuh hari lagi yakni pada malamnya).” (Ahmad, Turmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim)

7. Tawakal berkait dengan tauhid. Tawakal adalah buah kepada tauhid.

8. Menurut Imam al-Ghazali (dalam Ihya’ ‘Ulumudin), ada 4 peringkat tauhid – peringkat sabut kelapa, peringkat tempurung kelapa, peringkat isi kelapa, dan peringkat minyak kelapa.

9. Tafakurlah tentang diri kamu dan tentang ciptaan Allah. Jangan tafakur tentang Zat Allah kerana tidak akan terjangkau oleh fikiran.

10. Hendak mengenal Allah, kenalah mengenal diri. Yang paling hampir untuk direnung ialah diri kita sendiri.

11. Kita berwakil akan seseorang itu kerana kita yakin akan orang itu, Begitulah umpamanya kita berwakil akan Allah (bertawakal kepada Allah).

12. Kisah Laila dan Majnun (yang ada disentuh sedikit oleh pengarang Risalah Burung ini - merupakan sebuah sastera lama Arab sejak abad ke-7 yang beberapa abad kemudian dihidangkan dalam bentuk penulisan) ada versi Nizami Ganjavi (pada abad ke-12) dan ada versi Jalaluddin Rumi (pada abad ke-13).

13. Laila dan Majnun versi Nizami sering dikiaskan dengan cinta makhluk kepada Tuhan. Laila dan Majnun versi Jalauddin Rumi pula lebih kepada kasih sayang antara murid dan mursyid.

14. Hendak mencinta (akan Allah), kena tahu lebih dahulu, kemudian kena kenal lebih dahulu.

15. Tentang : “Ilahku, Engkaulah yang aku maqsudkan (tujuanku), dan keredhan-Mulah yang aku cari. Kurniakanlah kepada aku cinta kepada-Mu dan dan ma’rifat kepada-Mu.”

16. Syaitan itu halus permainannya. Halus cara ia memanupulasi hati kita.

17. Dunia nampak indah tapi ia menghiasi pintu2 neraka.

18. Cara untuk mengatasi masalah was-was : i) Doa, minta kepada Allah ii) Berzikrullah (ingat Allah) iii) Belajar agama iv) Selalu dampingi orang2 agama.

19. Sepanjang penerangan ini, kita sudah melalui juga akan mengenal diri, mengenal Alah, mengenal dunia, mengenal akhirat, mengenal syaitan, mengenal maliakt, mengenal yang haqq, dan mengenal yang batil.

20. Di alam arwah, kita sudah mengenal Rabb kita. Tapi masuk sahaja ke alam dunia, kita lupa. Amanah Allah untuk kita adalah berabdi kepada Dia.

 

4S4

Psikologi Islam oleh Ustzh Musfirah

 

Antara yang disentuh oleh Ustazah Musfirah al-Ghazali dalam perkongsiannya berkaitan psikologi Islam :

1. Imam al-Ghazali, Tariqah Ghazaliyah dan kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin sangat berkait dengan psikologi Islam.

2. Pada hakikatnya tidak ada suatu hal pun yang kebetulan, kerana semuanya berada dalam ilmu atau pengetahuan Allah sejak azali lagi. Bagaimana Allah boleh tahu? Kerana Dialah yang merancang segala-galanya ketika makhluk belum diadakan-Nya. Maka sudah pastilah ada hikmah atau sir (rahsia) dalam segala perancangan dan pelaksanaannya. Maka sudah tentulah ada hikmah atau sir juga apabila kita didekatkan-Nya dengan ilmu psikologi dan manhaj Imam al-Ghazali.

3. Secara ringkasnya, psikologi ialah kajian tentang proses mental dan pemikiran. Boleh juga dikatakan bahawa psikologi ialah kajian saintifik tentang minda kita, dan kajian saintifik tentang bagaimana minda kita mempengaruhi tingkah laku kita.

4. Secara ringkasnya, antara manfaat ilmu psikologi ini (lebih2 lagi psikologi Islam) kepada kita :

i) Dengan ilmu ini, kita boleh mengetahui emosi dan perilaku diri sendiri, dan kita boleh mengetahui emosi dan perilaku manusia lain. Ertinya ilmu psikologi ini ada membantu kita dalam usaha mengenal diri, dalam mengenal diri-diri, dan hujungnya nanti mengenal Diri Sebenar Diri iaitu Allah - dengan lebih kenal.

ii) membantu kita dalam membentuk keperibadian sendiri dan membantu membentuk keperibadian orang2 lain juga. Ringkas kata, ilmu psikologi ada membuatkan kita mempunyai FIKIR UMAT.

iii) Ilmu ini membuatkan kita lebih mengenal apa itu insan.

iv) Ilmu psikologi ini membantu kita dalam penyelesaian masalah.

v) Ilmu ini juga dapat membantu kita dalam pelajaran dan pengamalan fardhu al-ihsan iaitu tasawuf.

5. Kita sangat beruntung kerana :

i) salah seorang tokoh kejiwaan dan psikologi Islam yang terulung tidak lain ialah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali – yang digelar oleh gurunya sebagai Lautan Tidak Bertepi. Kebetulan kita “rapat” dengan Imam al-Ghazali.


ii) Kitab kejiwaan yang terbesar dalam agama Islam juga adalah karangan Imam al-Ghazali iaitu kitab Ihya’ ‘Ulumuddin.

6. Psikologi Al-Ghazali mengatakan bahawa watak dasar manusia ialah baik atau kemalaikatan, bukannya jahat atau kesyaitanan, dan bukan juga buas atau kebinatangan. Apabila manusia dijadikan oleh Allah SWT, ketiga2 sifat ini iaitu sifat kemalaikatan, sifat kesyaitanan dan sifat kehaiwanan dimasukkan ke dalam diri manusia itu. Namun sifat kemalaikatan tetaplah asal diri manusia yang sebenar, bukannya sifat kesyaitanan. Hal ini bertentangan dengan sebahagian pegangan ahli psikologi lain yan mengatakan bahawa watak asas/ dasar manusia adalah jahat.

7. Ahli psikologi berusaha untuk membantu menyelesaikan pelbagai masalah seperti masalah personaliti, masalah perhubungan dan masalah mental. Usaha biasanya dilakukan melalui sesi kaunseling. Namun ahli psikologi tidak boleh menetapkan ubat2an kepada manusia lain seperti ahli psikiatris.

8. Apakah antara langkah2 untuk mendapatkan hati atau qalbu yang sejahtera? Kita kena lihat dari tiga sudut iaitu pemakanan, perbuatan, dan petua2. (Huraiannya panjang, tidak disertakan di sini).

9. Ada beberapa perbezaan antara psikologi Islam dan psikologi barat...


- 4S4

Sunday, August 18, 2024

Walau Betul Yang Lain Tapi Salah Aqidah...

 

Walau betul dari segi fekah tapi salah dari segi aqidah = habis semua.

Walau betul dari segi politik tapi salah dari segi aqidah = habis semua.

Walau betul dari segi bacaan Al-Quran tapi salah dari segi aqidah = habis semua.

Walau betul dari segi ilmu as-sa’ah tapi salah dari segi aqidah = habis semua.

Walau jaguh dari segi hafazan tapi salah dari segi aqidah = habis semua.

Walau handal dari segi amal ibadah tapi salah dari segi aqidah = habis semua.

Walau hebat berjihad tapi salah dari segi aqidah = habis semua.

Walau hebat mengajar dan berceramah tapi salah dari segi aqidah = habis semua.


Dahulukan yang lebih penting berbanding yang penting2.


Betulkan Ilah, tepatkan Ilah.

Betulkan sembahan, tepatkan sembahan.

Betulkan pengabdian, tepatkan pengabdian.

Kita tidak mahu lemah aqidah, apatah lagi salah aqidah.


Dahulukan yang lebih penting berbanding yang penting2.

Jangan dahulukan yang penting2 tapi terlepas yang lebih penting.


Ibarat orang terjatuh lalu tenggelam di dalam lumpur...

Walau timbul kaki tapi tenggelam kepala (hidung dan mulut) = habis lemas semua.

Walau timbul tangan tapi tenggelam kepala = habis lemas semua.

Walau timbul perut dan dada tapi tenggelam kepala = habis lemas semua.

Walau timbul punggung dan belakang badan tapi tenggelam kepala = habis lemas semua.

Tapi jika timbul kepala walau yang lain2 semua tenggelam, insya-Allah cerah harapan untuk selamat.


Dahulukan yang lebih penting berbanding yang penting2.

Jangan dahulukan yang penting2 tapi terlepas yang lebih penting.


12/8/24

Sangat Berhati2 Mentafsir Al-Quran

 

Barangsiapa yang berkata pada al-Qur’an (mentafsirkannya) tanpa ilmu, maka siaplah tempatnya di neraka.” (Turmizi, Ahmad)


Sesiapa yang mengatakan sesuatu daripada Al-Quran (mentafsirkannya) dengan menggunakan pendapatnya sendiri (tanpa ilmu yang sepatutnya), maka bersedialah tempatnya di dalam neraka. (Turmizi)


Barangsiapa yang berkata pada kitab Allah ‘Azza Wa Jal (mentafsirkan al-Qur’an) dengan menggunakan pendapatnya (tanpa ilmu yang sepatutnya) meskipun benar (pendapatnya itu), maka dia telah melakukan kesilapan.” (Abu Dawud)


Pendek kata, walau apa pun darjah hadith2 di atas, tetapi seolah2 ada kesepakatan pengertian antara ketiga2nya iaitu jangan mudah2 mentafsirkan Al-Quran atau beranggapan bahawa ayat sekian2 mengatakan sekian2.