Wednesday, December 20, 2023

Yang Pakar/ Ahli Juga Melakukan Kesilapan Besar (bah. 1)

 

1. Wright Bersaudara – manusia terawal yang berjaya menerbangkan pesawat pada 1903. Mereka ahli dalam pesawat penerbangan.

Pada tahun 1901, setelah gagal dalam pelbagai usaha dan percubaan, Wilbur Wright berkata kepada adiknya Orville Wright, “Manusia tidak akan berjaya terbang walaupun dalam tempoh masa 50 tahun akan datang.”

Namun pendapatnya itu ternyata salah kerana dua tahun kemudian mereka sendiri berjaya melakukan penerbangan pertama di dunia.


2. Thomas Edison – pakar dalam penciptaan pelbagai barang.

Pada tahun 1880, dia berjaya mencipta phonograph (peti nyanyian) pertama di dunia. Setelah siap, dia berpendapat, “Phonograph (peti nyanyian) ini... tidak mempunyai sebarang nilai komersil.”

Dia silap kerana ternyata kemudiannya peti nyanyian jadi idaman ramai di serata dunia.


3. Pakar komputer - Thomas J. Watson, Pengerusi IBM berkata pada 1943, “Saya jangka pasaran dunia untuk komputer adalah setakat lima buah sahaja.”

Ternyata dia silap besar.


4. The Beatles – kugiran legenda nombor 1 dunia.

Kumpulan The Beatles pernah ditolak oleh Decca Records (pakar2 hiburan berada di dalamnya) dengan alasan, “Kumpulan muzik bergitar sudah ketinggalan zaman.”

Ternyata pakar2 itu tersilap teruk kerana kemudiannya The Beatles menjadi kugiran no. 1 di dunia, malah menginspirasikan ribuan kugiran untuk muncul di serata dunia.


5. Bill Gates, pengerusi Microsoft – pakar komputer dan teknologi.

Dia berkata pada tahun 1981, “(RAM) 640K sepatutnya sudah cukup untuk semua orang.”

Ternyata dia silap besar.


6. Ken Olsen, presiden Digital Equipment Corporation pada tahun 1977 berkata, “Tak ada sebab mengapa seseorang mahu memiliki komputer di rumah mereka.”

Ternyata pakar yang ini juga melakukan kesilapan besar.


No comments: