Halaqah2 usrah al-Ghazaliyah,
Sebagai jawapan kepada yang bertanya…
Kitab2 Imam al-Ghazali yang sahaya syarahkan hanyalah yang :
1. sahaya berguru dan belajar akan kitab2 itu, dan
2. umumnya sahaya berguru dan belajar sehingga habis seluruh kitab, dan
3. sahaya berguru dan belajar dengan mursyid dalam jalan khusus Imam al-Ghazali sendiri iaitu Tariqah Ghazaliyah, dan
4. sanadnya bersambungan tiada terputus sampailah kepada Imam al-Ghazali dari segi kitabnya, dan sampailah kepada Rasulullah saw dari segi ilmunya, dan
5. sahaya diijazahkan isi pelajaran kitab itu (bukan teks kitab itu sahaja) oleh mursyid, dan
6. sahaya diamanahkan oleh mursyid untuk menyampaikan isi kandungan kitab2 tersebut.
Contohnya kitab induk Ihya’ ‘Uluumuddin إحياء علوم الدين , Miskaatul Anwaar مشكاة الأنوا , Ar-Risaalah al-Laduniyah الرسالة اللدنية , Al-Munqiz min adh-Dhalaal المنقذ من الضلال , Kimiyaa’ us-Sa’adah كيمياء السعادة (4 juzuk sahaja), Al-Maqsadul Asna المقصد الأسنى, Ayyuhal Walad أيها الولد dan sebagainya.
Setakat ini, sahaya tidak mensyarahkan kitab2 Imam al-Ghazali yang :
1. sahaya tidak berguru dan belajar akan kitab tersebut, atau
2. sahaya tidak berguru dan belajar kitab itu sampai habis, atau
3. sahaya tidak berguru dan belajar dengan mursyid dalam jalan khusus Imam al-Ghazali sendiri iaitu Tariqah Ghazaliyah, atau
4. sanadnya tidak bersambungan atau ada terputus kepada Imam al-Ghazali dari segi kitabnya, dan kepada Rasulullah saw dari segi ilmunya, atau
5. sahaya tidak diijazahkan isi pelajaran kitab itu oleh mursyid, atau
6. sahaya tidak diamanahkan oleh mursyid untuk menyampaikan isi kandungan kitab2 tersebut,
walaupun sebahagiannya insya-Allah sahaya mampu mensyarahkannya.
Contohnya kitab Bidayatul Hidayah, Maqasid al-Falasifah, Tahafut a-Falasifah, Nasihah al-Mulk, Minhajul ‘Abidiin, Mukasyafah al-Qulub, Al-Iqtisod fil I’tiqod, dan sebagainya.
Ada juga kitab2 yang bukan karya Imam al-Ghazali yang sempat saya tadah dengan mursyid sahaya Tuan Guru Muhammad Soleh al-Ghazali iaitu :
1. Kifaayatul Muhtaaj fil Isra’ wal Mi’raaj (Syeikh Dawud al-Fatoni)
2. Munyatul Musolli (Syeikh Dawud al-Fatoni)
3. Ad-Durrun Nafis (Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari)
4. Hidayatus Sibyan (Syeikh Husain Nasir al-Banjari) – yang ini sempat suku jalan sahaja.
Kitab2 yang lain, sahaya menuntut dengan guru2 yang lain.
21 Disember 2023
No comments:
Post a Comment