Sunday, December 10, 2023

Musang di Seberang Laut vs Serigala di Sekeliling

 

Mereka menyuluh musang2 berpesta di seberang laut

dengan suluhan lampu sorot berkuasa tinggi

hinggakan kita asyik meneropong ke sana dengan kalut

tak kira malam, siang, petang atau pagi

tanpa kita tersedar bahawa banyak hal2 yang diragut

di sekeliling kita sendiri


oleh serigala2 berbaju kucing manja

dan kucing penjaga rumah

yang bebas berkeliaran dan mencari mangsa

tanpa perlu banyak berpenat lelah.


10/12/23

No comments: