Sunday, December 17, 2023

Ke Mana Yusha' Selepas Nabi Musa Bertemu Khidhir?

 

PERTANYAAN : Assalamulaikum tuan guru. Cerita ini berkenaan Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidhir. Kebanyakan ceramah tak perincikan berkenaan kisah itu. Yang pertama, Nabi Musa pergi dengan ditemani Nabi Yusha’ untuk berjumpa Nabi Khidhir. Tetapi apabila sampai ke destinasi, Nabi Musa dan Nabi Khidhir sahaja yang naik kapal tu. Jadi, ke mana perginya Nabi Yusha’ yang tak ikut sekali?


JAWAPAN SAHAYA : Setakat yang sahaya pernah cari :

1. Kemungkinan besar Nabi Yusha’ balik untuk memimpin dan menjaga kaum Bani Israil.


2. Kalau tak salah, ketika peristiwa ini berlaku, Nabi Harun as sudah wafat. Nabi Musa as pemimpin no. 1 Bani Israil. Nabi Harun pulak timbalan dia. Setelah Nabi Harun wafat, Yusha’ yang jadi timbalan dia.


3. Selepas Nabi Musa pula wafat, Yusha’ yang diamanahkan untuk menjadi pemimpin no. 1 Bani Israil.


4. Kaum Bani Israil tu tak boleh ditinggal lama tanpa pemimpin. Masa Nabi Musa pergi bermunajat ke Gunung Tursina, dia amanahkan kepimpinan kepada Nabi Harun. Tapi dah Bani Israil buat kesesatan sembah patung lembu pulak. Masa Nabi Musa berguru dengan Nabi Khidhir ni pun, tentunya Bani Israil tak boleh ditinggal tanpa pemimpin.


5. Kesimpulannya setakat ini, kemungkinan besarlah Yusha’ kembali ke tempat Bani Israil untuk mengawal mereka. (*Bukan muktamad dan bukan juga pasti)


6. Antara kemungkinan kecilnya pula, Yusha’ mungkin menunggu Nabi Musa di tempat mula2 mereka bertemu Nabi Khidhir.


Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

19/12/23


Tambahan kemudian :

*Tidak pasti pemuda yang menemani Nabi Musa itu ialah Nabi Yusha’ bin Nun. Tapi majoriti orang meyakininya sebagai Yusha’ bin Nun.

*Menurut Syed Qutub dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran, selepas Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidhir, dia berpisah dengan temannya (Yusha’).

*Begitu juga pandangan Imam al-Qurtubi.

*Satu lagi kemungkinan kecil, Yusha’ ikut sekali dalam pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidhir.

*Satu lagi kemungkinan kecil, peneman itu bukan Yusha’. Pemergiannya terus menjadi misteri.

No comments: