Friday, December 22, 2023

Isi Kandungan Pun Tidak Diketahui

 

Zaman usia belasan tahun dulu (awal 90-an), ada seorang brother (kita sebut sebagai Brother X) yang mempromosi hingga tahap hampir2 sangat memaksa agar kami yang adik-adik ini belajar dan jadi murid kepada gurunya. Gurunya itu DIKATAKAN (oleh brother itu le) ialah seorang wali. Gurunya DIKATAKAN membawa ajaran tarekat sekian2. Cuma sahaya sudah tak ingat apakah nama ajaran atau tarekatnya kerana pada zaman itu sahaya manalah ada nak ambil tahu hal ehwal agama ni melainkan selesaikan solat dan puasa sahaja.


Dia mengajak itu macam nak bergaduh, macam nak pukul orang sahaja gayanya. Dan dia memang kaki bertumbuk pun. Badan pun tegap. Kami yang macam tak berapa nak ebri respon ni digertak2 dan diugut2nya.


Kemudian ada le satu orang brother lain di situ (Brother Y) yang lebih otai, yang ketinggian badannya lebih kurang 6 kaki (jarang orang Melayu tinggi macam tu) yang bertanya, “Tok guru hang tu ajaq apa? Habaq mai la sikit.” Maksud soalannya tu, apa isi kandungan ajaran tok guru yang dikatakan wali tu? Ceritalah sikit.


Jawab Brother X, “Err... aku pun tak berapa nak tau. Tapi, memang baguih la. Semua anak murid dia pun kata baguih.” Lalu disebutkannya satu dua nama yang turut dikenali Brother Y sebagao sokongan ke atas dakwaannya itu. Tapi sahaya tak kenal.


Dengus Brother Y, “Huh!” sambil memalingkan mukanya ke arah lain dengan sengihan mengejek. Mungkinlah, dalam hatinya dia berkata, “Hang sendiri pun tak tau apa benda, tiba2 hang nak ajak nak paksa orang join?”


Brother X pun terus senyap. Tak lama kemudian dia capai basikal dan beredar dengan helah nak pergi beli teh ais sekejap.


Tak tahulah sama ada kedua2 orang ini masih hidup atau sudah meninggal dunia. Sudah puluhan tahun tidak mendengar khabar berita. Semoga sihat2 dan baik sahaja.


Yang nak disampaikan di sini ialah... sejarah selalu berulang, cuma dalam rupa yang berlainan.


22/12/23

No comments: