Sunday, December 17, 2023

Apabila Yang Dizalimi Bertindak Balas...

 

Ketika kita lama dan banyak bersabar

menahan pukulan2,

biasanya orang tidak nampak

dan tidak mahu ambil peduli pun.


Tetapi apabila kita mula bergerak dan bertindak

untuk menanggapi pukulan2 tersebut

setelah teruk bersabar dan bertahan sekian lama,

ketika itulah baru orang sibuk mahu nampak.


Dan yang mereka nampak ialah

tindakan kita itu pula yang buruk,

sedangkan yang kita kena selama hari ini

seolah2 terpadam begitu sahaja.


Begitulah nasib umat di Filistin sana

dan

orang2 tertindas serta terzalimi

di serata dunia

tak terkecuali kita.


12/12/23


No comments: