Thursday, December 14, 2023

Penerangan Asas Untuk Saudara Baru 6

 

BERSUCI – MANDI WAJIB


Bagi orang lelaki Muslim, kita kena mandi wajib apabila berlaku hal2 di bawah :

i) keluar air mani, atau

ii) bersetubuh (berjima’) dengan isteri.


CARA MANDI WAJIB (asas)


Kita niatkan di dalam hati : “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Sambil itu, kita ambil air dan jirus ke serata badan. Biar basah seluruh badan. Boleh mandi guna paip air, atau shower, atau cebok (gayung) dan sebagainya. Boleh juga mandi di sungai, mandi air hujan, air tasik, atau air laut. Kita gosok2 sedikit serata badan agar kena air.


Selesailah pelajaran mandi wajib. Pelajaran lanjutnya akan dimaklumkan kemudian.

No comments: