Sunday, December 17, 2023

Tempahan2 Awal untuk Pengajian Intensif Terpaksa Ditolak

 

Dengan berat hatinya kami terpaksa tidak menerima tempahan awal, mohon maaf banyak2, antaranya atas sebab2 yang berikut :


Majlis pengajian intensif yang kami mampu adakan tidaklah banyak. Pada tahun hadapan (2024) mungkinlah dapat 7-8 majlis sahaja. Peserta setiap majlis pula hanya 10 orang (untuk fokus). Jika kami menerima semua tempahan awal, ertinya sudah penuh dah pun untuk 7-8 majlis tersebut, malahan sudah lebih, sehinggakan ikhwah sedia ada dan orang2 yang berdekatan pun sudah tidak punya tempat lagi. Hal ini kerana masing2 minta kosongkan satu tempat untuk diri mereka.


Oleh sebab itu, untuk setiap majlis umumnya kami akan buka 3-4 tempat untuk orang2 berhampiran dan 6-7 tempat lagi untuk orang2 jauh. Kami akan dahulukan ikhwah sedia ada.


Jadi, apabila keluar sahaja poster sesuatu program pengajian itu di FB, group2 WhastsApp dan Telegram, sesiapa yang paling awal beri respon dna komitmen betul2 untuk hadir, yang itulah yang akan kami usaha dahulukan.


Mohon maaf banyak2, insya-Allah ada rezeki kita bertemu dan bermajlis.


Setakt ini, pengajian2 intensif di bawah sudah pun penuh ahlinya :

1. Pengajian Intensif Ilmu Al-Iman (Batch 1)

2. Pengajian Intensif Ilmu Al-Iman (Batch 2)

3. Pengajian Intensif Ilmu As-Sa’ah (Batch 1)


13/12/23

No comments: