Sebagai menjelaskan beberapa pertanyaan......
Siapakah team Khazanah? Ada beberapa orang yang WhatsApp ke Khazanah dan mereka menyangkakan itu ialah sahaya.
Team Khazanah ini ada 4 orang. Semuanya ahli dan penggerak Halaqah Usrah Satu Umat (Al-Mahabbah). Atas komitmen dan kebolehan mereka bergerak kerja dalam dakwah selama ini, sahaya meminjam khidmat mereka untuk menguruskan buku-buku sahaya, maka bolehlah sahaya menumpukan usaha kepada kerja-kerja mengarang sahaja. Ringanlah sedikit kerja sahaya.
Pasukan ini jugalah yang sahaya amanahkan untuk membantu menguruskan dan meng’update’ laman-laman Facebook sahaya terutamanya akaun Abu Zulfiqar Alexanderwathern, page Abu Zulfiqar Al-Amsyari, Tazkirah Facebook Abu Zulfiqar, Halaqah Usrah Al-Mahabbah (Satu Umat), Tarekat Ghazaliyah dan lain-lain, mengikut bidang tugasan masing-masing. Di group2 WhatsApp dan Telegram pun, merekalah juga tenaga kerjanya. Hendak menguruskan semua itu sendirian memang tak mampulah. Banyak asatizah pun memang menggunakan cara begini.
Dengan bantuan mereka ini, dapatlah memberikan sahaya lebih masa kepada program-program Halaqah Usrah Satu Umat dan pengamalan Tarekat Ghazaliyah. Banyak urusan kerja-kerja agama sahaya jadi lebih ringan.
Mengapa ada antara mereka yang menyebut sahaya sebagai “pak long”? Kerana memang itulah panggilan kepada sahaya dalam masyarakat dan keluarga kerana sahaya anak yang sulong. Cucu sepupu-sepupu sahaya panggil “tok long” pun.
Tentang persoalan-persoalan yang dikemukakan di media-media tersebut, team Khazanah hanya akan bantu menjawab hal-hal biasa sahaja. Dalam hal-hal yang memerlukan penjelasan lanjut, mereka akan tinggalkan kepada sahaya. Sahaya akan menjenguk, melawat dan menjawab mengikut kelapangan sahaya. Sebab itulah juga kadang-kadang ada persoalan-persoalan yang terlepas pandang tidak berjawab. Mohon banyak-banyak maaf. Sekadar kelapangan dan kemampuan sahaya sahajalah nampaknya.
Begitulah penjelasan ringkas ke atas persoalan-persoalan yang diajukan.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
13 Disember 2020
No comments:
Post a Comment