Selalu ada yang bertanya kepada sahaya baik secara bersemuka atau melalui media-media sosial. Ada banyak. Soal jawab ringkas ini sahaya kumpulkan dan kongsikan. Banyak lagi soal jawab yang tak sempat saya kumpulkan. Bahkan banyak yang tak sempat berjawab dan ada juga yang terlepas pandang – tak berbaca pun. Mana-mana yang sempat saya petik sahajalah. Semoga bermanfaat.
Soalan 1 : Assalamualaikum. Mohon izinkan amalan (Amalan 33 Ikhtiar Muslim) ini ustaz.
Jawapan : Wlksm. Baik. Silakan.
Soalan 2 : Ada ke Tarekat Ghazaliyah ni dan sanadnya?
Jawapan : Ada. Boleh rujuk buku Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah no. 1 (Buku Cahaya Biru) dan no. 2 (Buku Cahaya Hijau). Dalam buku 1 ada sanad utama dan sanad sokongan. Dalam buku 2 ada tiga sanad sampingan.
Soalan 3 : Di sekitar negeri Selangor ada pusat Tarekat Ghazaliyah ustaz?
Jawapan : Yang daripada jalur kami, tak ada pusat Tarekat Ghazaliyah di Selangor. Yang daripada jalur-jalur lain, wallahua’lam. Setakat yang kami tahu, tidak ada.
Soalan 4 : Ustaz bolehkah berubat secara jarak jauh?
Jawapan : Mohon maaf puan. Saya tak ada kemahiran yang sebegitu.
Soalan 5 : Di Pahang ni di mana ada pusat pengamalan Tarekat Ghazaliyah.
Jawapan : Di Pahang tidak ada pusat pengamalan Tarekat Ghazaliyah. (Di seluruh negara pun tak ada, kerana ia bukan jenis berpusat)
Soalan 6 : Majlis Tarekat Ghazaliyah di negeri Kedah ni kat mana?
Jawapan : Tidak ada Majlis Tarekat Ghazaliyah di negeri Kedah.
Soalan 7 : Ustaz. Bagaimana hendak mengurangkan sifat pemarah?
Jawapan : 1. Doa mohon kepada Allah. Nyatakan apa hajatnya. 2. Belajar dan amalkan ilmu tasawuf. 3. Pandang bahwa dari segi hakikatnya, semua yang berlaku adalah daripada pekerjaan Allah. Insya-Allah bermanfaat.
Soalan 8 : Ustaz pernah mimpi bertemu Rasulullah?
Jawapan : Pernah. Dua kali. Sekali masa umur saya lebih kurang 7 tahun dan sekali lagi masa umur saya lebih kurang 43 tahun.
Soalan 9 : Ustaz pernah mimpi Imam Ghazali?
Jawapan : Pernah mimpi sekali. Baru lagi.
Soalan 10 : Ustaz ada mengajar di sekitar Selangor tak?
Jawapan : Tak ada tuan. Pengajian2 umum saya semua di negeri Perak sahaja.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
26 Disember 2020
No comments:
Post a Comment