Sunday, December 6, 2020

Karya-karya Akan Datang

 

Setelah saya menyiapkan buku pertama iaitu Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan & Rumusan kepada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin) dan lebih-lebih lagi buku kedua iaitu Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah, datang permintaan demi permintaan agar saya menyambung lagi penulisan ke buku-buku seterusnya.


Berdasarkan situasi ini, insya-Allah saya akan usahakan sekadar kemampuan saya untuk menghasilkan buku-buku seterusnya terutamanya siri buku Terbit Cahaya Naungan.


Pada asalnya siri buku Terbit Cahaya Naungan itu dijangkakan 3 atau 4 siri sahaja iaitu :

1. Pengenalan (yang sedang beredar sekarang)

2. Lanjutan (yang bakal keluar tahun depan)

3. Pencerahan

dan mungkin ditambah satu lagi iaitu :

4. Soal Jawab tentang Tarekat Ghazaliyah


Tetapi isi-isi yang diminta itu kini sudah bertambah dan pelbagai. Jadi, saya pun mula merancang-rancang. Sekadar rancangan (jadinya belum tentu), jika hendak memenuhi permintaan-permintaan tersebut, mungkin akan diubah kepada beberapa siri iaitu :

1. Pengenalan

2. Lanjutan

3. Pencerahan & Soal Jawab

4. Syariat, Hakikat & Nur (menurut Imam Al-Ghazali)

5. Nur dan 70,000 Hijab (menurut Imam Al-Ghazali)

6. Ilmu Alam dan Ilmu Laduni (menurut Imam Al-Ghazali)


Saya juga yakin, akan ada lagi hajat-hajat lain yang berkaitan dengan Tarekat Ghazaliyah ini. Tidak mustahil akan jadi sampai 8 siri.


Selain itu ada juga yang meminta saya menulis buku tentang perbandingan agama, novel Islamik, sejarah, isu-isu tasawuf sufi, ajaran-ajaran sesat, dan perubatan Islam.


Saya tidak menjanjikan sebarang komitmen, cuma akan berusaha sekiranya saya punya kelapangan. Untuk itu, saya memohonkan agar didoakanlah kesihatan dan kemudahan urusan saya dan keluarga di dunia dan di akhirat. Insya-Allah adalah rezeki kita berupa buku-buku yang bermanfaat.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

6 Disember 2020

No comments: