Saturday, December 12, 2020

10 Perkara Tentang Buku Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya

 

10 PERKARA TENTANG BUKU “ANUGERAH BERWANGIAN CINTA UNTUK TETAMU TAMAN CAHAYA”


  1. Buku ini tajuknya “Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya”. Tajuk asalnya dulu sebelum dibukukan dalam bentuk sekarang ialah “Anugerah Berwangian Cinta untuk Orang-orang di Taman Cahaya”.

  2. Buku ini sebenarnya modul utama bagi program-program halaqah usrah Al-Mahabbah atau disebut juga halaqah-halaqah usrah Satu Umat.

  3. Buku ini ditulis oleh Ustaz Abu Zulfiqar Al-Amsyari (Pak Long), yang mengasaskan halaqah-halaqah usrah Al-Mahabbah (Satu Umat) pada tahun 1997.

  4. Isi kandungannya merupakan petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kitab Ihya’ ‘Ulumuddin merupakan kitab utama karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Oleh itu buku ini juga sangat sesuai untuk dimanfaatkan oleh ahli-ahli tasawuf, sufi dan tarekat. Juga untuk orang-orang yang teringin untuk tahu secara umum tentang isi kandungan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin yang sangat tebal itu.

  5. Buku ini besar, bersaiz A4. Tulisannya juga boleh dikira agak besar iaitu Calibri saiz 12. Tujuannya supaya mudah dibuka, supaya jelas untuk dibaca dan supaya selesa digunakan dalam majlis-majlis pengajian, halaqah-halaqah usrah, taklim harian masjid/ surau dan keluarga.

  6. Di dalam buku ini juga ada disentuh sedikit tentang pengalaman al-faqir ustaz dalam berhalaqah usrah sejak 1980-an dengan pelbagai perkumpulan, cara-cara menggunakan buku ini untuk pelbagai program, dan sejarah Halaqah Usrah Al-Mahabbah (Satu Umat).

  7. Isi kandungan buku ini sudah dibahagikan siap-siap kepada 40 bahagian besar dan 120 bahagian kecil. 40 bahagian besar itu umumnya untuk 40 kali berhalaqah usrah. Contohnya usrah keluarga. 120 bahagian kecil itu pula umumnya sesuai untuk 120 hari majlis taklim harian. Contohnya majlis taklim harian keluarga. Seterusnya bolehlah diulang-ulang sehingga ke zaman anak cucu.

  8. “Taman Cahaya” yang dimaksudkan itu ialah majlis-majlis pengajian, program-program usrah dan majlis-majlis pengajian, khususnya majlis taklim harian keluarga kita yang “Tetamu”nya tidak lain ialah kita dan ahli keluarga kita.

  9. Al-faqir ustaz sendiri istiqamah menggunakan modul ini untuk halaqah usrah mingguan dan taklim harian bagi kelurganya. Sekiranya tidak sempat membaca kitab Ihya’ ‘Ulumuddin pada mana-mana hari, al-faqir ustaz akan menampungnya dengan membaca salah satu bab daripada buku ini.

  10. Buku ini bukanlah jenis buku yang dibeli, dibaca untuk kelazatan minda, lalu disimpan di rak. Buku ini jenis yang dibeli, dibaca, lalu segera bertindak. Ia bukan untuk jadi hiasan, tetapi untuk setiap hari digunakan. Bukan buruk dalam simpanan tetapi buruk di tangan-tangan.

    (Penutup) Sekiranya ada hamba-hamba Allah yang berminat untuk mendapatkan dan memanfaatkan buku ini, bolehlah berurusan dengan ikhwah yang menguruskannya iaitu Team Khazanah melalui WhatsApp 011-16824293. (RM45 untuk Semenanjung, RM52 untuk Sabah Sarawak, termasuk pengurusan pos). Cetakan buku ini tidak banyak. Sekiranya habis nanti, diharap dapat bersabar menunggu cetakan kali ke-3.


Semoga bermanfaat.


Disediakan oleh Khaulah Hasani


No comments: