Tuesday, December 1, 2020

Buku Anugerah dan Kaitannya dengan Jalan Al-Ghazaliyah

Persoalan :

Betul ke setiap pengamal Tarekat Ghazaliyah kena baca buku Anugerah Berwangian Cinta setiap hari?


Penjelasan :

Tidak benar. Cerita sebenarnya begini...


Para pengamal Tarekat Ghazaliyah sangat dianjurkan agar membaca Al-Quran pada setiap hari. Membaca Al-Quran sudah menjadi salah satu wirid harian dalam tarekat ini.


Selain daripada membaca Al-Quran pada setiap hari, pengamal-pengamal Tarekat Ghazaliyah juga sangat dianjurkan untuk membaca kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin pada setiap hari. Membaca kitab Ihya’ ini pun merupakan salah satu daripada wirid harian dalam tarekat ini.


Jadi, sepatutnyalah orang yang mengamalkan tarekat ini mewiridkan kitab suci Al-Quran dan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin pada setiap hari.


Namun begitu, usaha untuk menjadikan kitab Ihya’ ini sebagai wirid harian mempunyai beberapa kekangan. Antaranya :

i) Ada pengamal yang tidak punya kitab Ihya’. Jadi tak dapatlah mereka memanfaatkannya.

ii) Kitab Ihya’ ini mahal juga harganya untuk dibeli. Ramai yang tidak mampu dan kurang mampu.

iii) Kitab ini sangat besar dan tebal. Ramai yang terasa berat dan malas hendak membacanya.

iv) Sukar untuk membawa kitab Ihya’ ke mana-mana. Akibatnya kitab ini selalu ditinggalkan dan selalu berjauhan dengan tuannya.

iv) Ada pengamal yang mengalami kesukaran untuk memahami isi kandungan kitab ini. Cuba dibaca tetapi kurang mendapat sesuatu daripada kitab ini.

v) Memang ada ringkasan-ringkasan kitab Ihya’ tetapi masih agak mahal, masih agak tebal juga dan masih agak sukar untuk difahami.


Oleh sebab itu, kitab Anugerah Berwangian Cinta ini bolehlah jika hendak dijadikan sebagai penampung (sebagai wirid harian) kerana :

i) Isi kandungan kitab ini merupakan petikan, ringkasan dan rumusan daripada kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sendiri.

ii) Harganya rendah lagi mampu milik.

iii) Kitabnya tidak tebal. Akan terasa ringan untuk membacanya, menghabiskannya dan mengulang-ulanginya.

iv) Kitab ini juga ringan. Mudah untuk membawanya ke mana-mana. Ia akan selalu berada dekat dengan kita.

v) Isi kandungannya lebih mudah dibaca dan difahami.


Kesimpulannya, bagi para pengamal Tarekat Ghazaliyah yang ada kekangan untuk menjadikan kitab Ihya’ ‘Ulumuddin sebagai salah satu wirid harian, bolehlah menjadikan kitab Anugerah ini sebagai penampungnya buat sementara waktu. Janganlah kerana ada kekangan, lalu kita meninggalkan terus wirid harian ini.


Begitulah cerita sebenarnya.


Abu Zulfiqar Al-Amsyari

1 Disember 2020



No comments: