KITAB ABC - SEKIRANYA ENGKAU TERASA... (Bagaimana Menggunakan Kitab ABC untuk Merawat Penyakit2 Jiwa Kita?)
1. Sekiranya engkau terasa lemah, berat hati dan malas untuk mempelajari ilmu-ilmu agama, selalulah baca Bab 1. Insya-Allah engkau akan bersemangat.
2. Sekiranya engkau terasa lemah dan tidak berani untuk menyampaikan walau sedikit hal ehwal agama (berdakwah) kepada orang lain, selalulah baca Bab 1.1.3. Insya-Allah engkau akan semakin berani.
3. Sekiranya engkau terasa lemah atau tidak tahu untuk mengenal pasti orang-orang yang bagaimanakah yang sesuai diambil sebagai guru atau rujukan dalam hal ehwal keruhanian, bacalah Bab 1.3. Isnya-Alah engkau akan tahu dan lebih bijaksana dalam memilih.
4. Sekiranya jiwamu terasa lemah untuk mencintai Allah dan Nabi Muhammad SAW lebih daripada mencintai yang lain-lain, lemah untuk mendahulukan Allah dan Rasul-Nya, selalulah baca Bab 2. Insya-Allah peratus kecintaanmu akan berubah.
5. Sekiranya engkau terasa tidak punya ilmu untuk menjawab persoalan-persoalan berikut :
a) Bagaimanalah agaknya keadaan orang-orang yang sudah sampai ke level mencintai Allah itu?
b) Adakah aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang mencintai Allah?
c) Apa yang aku perlu lakukan untuk menjadi seorang pecinta Allah?
Maka selalulah baca Bab 2. Insya-Allah engkau akan tahu jawapan-jawapannya.
6. Sekiranya engkau terasa dirimu memang banyak tidak tahu tentang rupa dan perilaku Rasulullah SAW, hanya lebih kepada tahu nama baginda sahaja, selalulah baca Bab 3. Insya-Allah engkau akan terasa rindu dan dekat kepadanya.
7. Sekiranya hatimu terasa lemah, berat dan malas untuk belajar Al-Quran dan untuk mendalami Al-Quran, bacalah Bab 4. Insya-Allah hatimu akan menjadi semakin kuat.
8. Sekiranya engkau terasa lemah untuk mengikhlaskan hati tetapi asyik sahaja berbuat sesuatu kerana ada kepentingan-kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu, ulang-ulanglah membaca Bab 5. Insya-Allah engkau akan semakin ikhlas.
9. Sekiranya engkau terasa lemah dan malas untuk selalu berzikrullah, selalulah baca Bab 6. Insya-Allah zikrullahmu akan bertambah.
10. Sekiranya engkau terasa lemah dalam berbuat baik dengan orang-orang lain, untuk menguatkannya, selalulah baca Bab 8. Insya-Allah engkau akan semakin sejahtera dalam pergaulan.
RINGKASAN KALI INI
Setakat ini, 10 penyakit hati sahaja dulu. Akan kami sambung lagi kemudian.
Ringkasan kepada jenis penyakit dan penawarnya :
1. Malas mempelajari ilmu2 agama – Bab 1.
2. Malas menyampaikan hal ehwal agama – Bab 1.1.3.
3. Tak tahu nak pilih guru – Bab 1.3.
4. Masih gagal mencintai Allah dan seterusnya Rasulullah SAW lebih daripada yang lain-lain – Bab 2.
5. Tak tahu cara menjadi orang yang mencintai Allah – Bab 2.
6. Banyak tak tahu tentang Rasulullah SAW – Bab 3.
7. Masih malas belajar dan malas baca Al-Quran – Bab 4.
8. Selalu tidak ikhlas – Bab 5.
9. Lemah dan malas berzikrullah – Bab 6.
10. Lemah berbuat baik kepada orang lain – Bab 7.
Ini bukan buku yang dibeli, dibaca dan dibiarkan di rak, tetapi buku yang dibeli, dibaca lalu dimanfaatkan untuk bergerak.
Abu Zulfiqar Al-Amsyari
28 Disember 2020
*Yang belum memiliki buku ABC (Anugerah Berwangian Cinta) ini dan berhajat mahu memilki dan memanfaatkannya, boleh menghubungi team Khazanah sebagaimana di bawah :
1.
Anugerah Berwangian Cinta untuk Tetamu Taman Cahaya (Petikan, Ringkasan & Rumusan daripada Kitab Induk Ihya' 'Ulumuddin)
RM45 (SM)
RM52 (SS)
2. Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 1 (Pengenalan)
KEHABISAN STOK
3. Terbit yang Melimpahkan Cahaya Naungan ke atas Tariqah Al-Ghazaliyyah 2 (Lanjutan)
RM35 (SM) RM40 (SS)
*Semua
buku adalah karangan Ustaz Abu Zulfiqar Al-Amsyari
*Harga
termasuk pengurusan pos
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan buku-buku ini, hubungi kami team Khazanah melalui WhatsApp www.wasap.my/601116824293
Facebook
Khazanah :
https://web.facebook.com/Khazanah-115012297090461
No comments:
Post a Comment