Lebih baik tumpu kepada karangan-karangan Imam Hujjatul Islam al-Ghazali.
Masalahnya ahli-ahli ilmu sekarang ini sudah kurang tengok karya-karya thabaqah-thabaqah yang lebih awal seperti al-Ghazali... baca pun tak habis....tak selami... side effectnya... banyak isu kemudian yang tak dapat difahami dengan baik sebab tak cukup rujukan asas.
Kenapa title Hujjatul Islam sudah tidak wujud lagi pada peradaban Islam mutaakhir ini. karya-karya Al-Ghazali tidak mampu difahami lagi oleh umat kini, mahupun di bahas... jadi seperti jauh panggang dari api.
Kalau kita tahu bahawa ada juga tokoh di kurun ke 7 hijrah cuba kritik al-Ghazali dan telah pun dipatahkan hujah-hujahnyà oleh ulamak pada kurun-kurun selepasnya, mungkin kita akan dapat pulih sebentar daripada kepeningan kita kepada kekaburan yang dilemparkan orang pada ‘umdah umat ini, Hujjatul Islam al-Ghazali.
Kenapa kita tidak guna kaedah-kaedah yang diwariskan oleh al-Ghazali untuk kita umat mutaakhir ini untuk semua jurusan? Kenapa Barat cuba apply, mereka tidak berjaya sepenuhnya sebab ketiadan iman? Itupun mereka dapat sedikit mafa'atnya.
Elok sangatlah kembali murajaah dan ulangkaji kitab-kitab Imam al-Ghazali. Besar faedahnya.
(*Himpunan posting Tuan Guru Abdul Raof POndok Tampin di laman Facebook beliau, mengikut turutan)
No comments:
Post a Comment